Sunday, March 30, 2008

Perak 31 Mac 2008

PAS PERAK KENA PRO-AKTIF, AJAK KAWAN NI JOIN KELAB PENYOKONG PAS.. SETIDAK-TIDAKNYA BELIAU AKAN RAPAT DENGAN MB PERAK.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Keluar Parti DAP
Posted on Monday, March 31 @ 14:11:21 MYT by greenboc



Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP hari ini telah bertindak meninggalkan parti berkenaan kerana hanya seorang sahaja kaum India yang dilantik sebagai Exco di negeri tersebut, demikian malaysiakini melaporkan.

Di dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa bahawa Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham telah gagal mengkotakan janjinya unt melantik dua orang kaum India sebaga ahli exco.

"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu penipuan kepada komuniti India di Perak," bentak pemimpin DAP tersebut di dalam suratnya.

10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Sabtu lepas di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.

Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).

Dari barisan exco itu, jelas DAP hanya menghantar satu nama pemimpi nIndia iaitu A.Sivanesan kepada Menteri Besar untuk diterima sebagai ahli Exco dan ini menimbulkan rasa tidak puashati kepada masyaraka India di negeri Perak terhadap keputusan DAP yang menamakan 8 orang kaum Cina sebaai exco di negei berkenaan.

Kata Mahathir

BN tidak mampu tawan semula lima negeri - Dr M

PULAU PINANG - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah mustahil Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula lima negeri yang telah terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, mereka yang telah mengundi pembangkang tidak tertarik lagi pada BN dan tidak akan kembali kepada parti itu.

“Sekiranya parti pembangkang yang memerintah lima negeri sekarang berjaya mentadbir kerajaan dengan baik, orang Melayu sendiri pun akan berpaling tadah dan tidak menyokong BN,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, semalam.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu ahli UMNO sendiri pun ada yang memangkah calon pembangkang bukan sebab mereka cintakan pembangkang, tetapi sebab mereka masih ‘sayang’ pada UMNO.

“Mereka (mengundi pembangkang) kerana ingin menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO, tetapi pemimpin parti itu masih menafikan kekalahan dan tidak berasa besalah,” katanya.

Dr Mahathir kesal di atas sikap para pemimpin yang telah membawa kehancuran teruk bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada MCA, MIC, Gerakan dan BN secara keseluruhan.

Dalam ucapan tersebut beliau juga mengulangi seruan kepada ahli UMNO supaya berani bersuara dan mengurangkan sikap ‘yes man’ kepada kepimpinan parti.

“Masa depan UMNO berada di tangan anda, sekiranya anda takut untuk bersuara, tidak ada masa depan untuk Umno jika yang dipilih adalah hanya yang ditunjuk oleh kepimpinan parti,” katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan, pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata, sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang bertanding jawatan tertinggi UMNO yang dikekalkan semasa beliau menjadi Presiden UMNO adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.

Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan UMNO mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden.

Sistem itu diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi. Dr Mahathir berkata: “Apa ada kepentingan­ saya. Saya menang bukan banyak tu aje. Saya menang tanpa bertanding banyak kali.

“Kita buat semua itu sebab kalau tidak, akan jadi macam (Allahyarham) Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pada masa beliau memimpin UMNO untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.

Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana “Dia (Anwar) dapat bukan main banyak. Lebih 30 peratus pencalonan­, tetapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.”

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar semalam bahawa beliau sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.

Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja dan ini kata Muhyiddin kebanyakannya disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden UMNO pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.

Dr Mahathir menjelaskan, langkah UMNO berkenaan meneruskan sistem tersebut pada ketika itu adalah bagi memastikan pemilihan parti dilaksanakan secara serius.

dari Telegraph.co.uk

Ingat lagi tak budak perempuan melayu muslim bernama safiah yang masuk universiti oxford pada usia 13 tahun .. setelah lari dari rumah, kahwin dengan jonathan pada usia 19, cerai pada usia 20.. dan skrg pada usia 23, dah jadi pelacur ..sedih sangat..permata indah Islam berjaya dirosakkan Yahudi-Nasrani ..apa kata pejuang-pejuang Islam sekalian ? Khususnya yang berada di bumi UK ?? dan kita juga ??.. namun dia bukan yang pertama, dan bukan yang terakhir ..perancangan yahudi-nasrani tidak akan terhenti setakat itu sahaja ..

Child maths prodigy 'working as a prostitute'
By Megan Levy
Last Updated: 2:02am BST 31/03/2008




A child prodigy who was one of the youngest students to be admitted to Oxford University is now working as a prostitute in Manchester, it has been claimed.


Sufiah Yusof at the age of 15
Sufiah Yusof was just 13 years old when she was admitted to the prestigious university to study mathematics.

But 10 years on, Miss Yusof now earns £130 an hour working as a prostitute from her flat in Salford, Manchester, according to the News of the World.

The newspaper claims it sent an undercover reporter to the 23-year-old's home, where Miss Yusof, who allegedly works under the name Shilpa Lee, described the services she reportedly offered.

On her website, she is alleged to have described herself as a "very pretty size 8, 32D bust and 5'5'' tall - available for bookings every day from 11am to 8pm." The website has since been shut down.

The gifted student sparked a massive police hunt in 2001 when, at the age of 15, she ran away from Oxford after passing her end-of-term examinations at St Hilda's College.

advertisementAt the time she sent her family an e-mail, accusing her father of making her life "a living hell" and of putting her through "15 years of physical and emotional abuse".

Mr Yusof denied that he had pushed Sufiah too hard and implied that she was being told what to say by those controlling her.

Police later found her living in Bournemouth, posing as a student among the 30,000 foreigners who go to the seaside resort each year to study English.

dari star

Sunday March 30, 2008
MIC branch dissolved, members become PAS supporters
By RASLAN BAHAROM


TAIPING: The Kampung Jebong MIC branch in Simpang here was officially dissolved when 110 of its members quit the party to become members of "Kelab Penyokong PAS" (PAS Supporters Club).

Branch chairman M. Muninathan, accompanied by committee members, submitted their application forms to Bukit Gantang MP Roslan Shaharom at a village temple here on Saturday night.

Roslan said the welfare of the former MIC branch members and members of the Indian community would be taken care of.

"We will take care of you because any problems affecting the Indian community will also affect members of the other communities," he said.

Roslan said he was indebted to the Indian community here as more than 95% of Indian voters within the Bukit Gantang parliamentary constituency had voted for him in the recently-concluded general election.

He said members of the community had every reason to rejoice as two of the three state seats in the constituency had been won by Barisan Rakyat, and the victors -- Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) and Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) -- had been appointed exco members of the new Perak state government.

Boikot Produk Belanda

Firma Belanda mahu saman ahli Parlimen


Eksport ke negara Islam terjejas akibat tayangan filem anti-Islam Wilders

THE HAGUE: Badan perniagaan utama di Belanda mengancam menyaman ahli Parlimen negara itu, Geert Wilders jika perniagaan mereka terjejas berikutan penyiaran filem pendek arahan ahli politik berkenaan yang menggambarkan al-Quran sebagai menggalakkan keganasan.

"Jika pengguna Muslim memutuskan untuk memulaukan barang keluaran Belanda, ia sudah tentu menjejas eksport negara ini," kata pengerusi pertubuhan majikan Belanda, Bernard Wientjes kepada akhbar Denmark, Het Financieel Dagblad.

"Syarikat seperti Shell, Philips dan Unilever memang dikenali sebagai syarikat Belanda."

Wilders, pemimpin parti Kebebasan menyiarkan filem sepanjang 15 minit menerusi internet Khamis lalu. Filem itu menyelit imej serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran.

Filem dokumentari itu juga memaparkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW yang disiarkan akhbar Denmark sebelum ini.

"Saya tidak tahu sama ada Wilders banyak wang atau mempunyai perlindungan insurans tetapi jika produk Belanda diboikot, kami akan meneliti sama ada beliau boleh dipertanggungjawabkan," kata Wientjes.

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard yang melukis lakaran menghina Rasulullah itu sudah pun mengancam untuk menyaman Wilders kerana menggunakan kartunnya dalam filem itu tanpa kebenaran.

Penyanyi rap Belanda-Maghribi, Salah Edin juga mengancam mengambil tidankan undang-undang terhadap ahli politik itu kerana menggunakan gambarnya untuk memaparkan pembunuh pengeluar filem Belanda, Theo van Gogh yang membuat fielm anti-Islam, Submission.

Filem Wilders itu mencetuskan gesaan pemulauan barang Belanda di kebanyakan negara Islam.

Hampir 30 akhbar, stesen radio dan laman web di Jordan melancarkan kempen agar pengguna di negara itu memulaukan perniagaan Belanda.

Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk melihat kesan filem itu terhadap perniagaan negaranya.

Pemulauan barang Denmark oleh negara islam pada 2005 berikutan penyiaran kartun menghina Rasulullah mengakibatkan syarikat negara itu mengalami kerugian sehingga AS$1.5 juta (RM4.8 juta) sehari.

Syarikat utama produk tenusu Denmark, Arla Foods, yang terjejas teruk ketika itu mengeluarkan kecaman keras terhadap kartun yang disiarkan dan merayu kepada pengguna Arab dan Muslim akan menghentikan pemulauan produknya. Agensi

Jamuan Kesyukuran PRU12







sekitar majlis/jamuan kesyukuran untuk Pilihanraya Umum Ke 12,bertempat di Pejabat PAS Kawasan Serdang,Pada 30 Mac 2008,antara jam 12.00 tgh hingga 3 petang.

Saturday, March 29, 2008

Air Percuma

Air 20 Meter Padu PERCUMA Mula 1 Jun DI SELANGOR
By BERNAMA

KERAJAAN Selangor akan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada semua pengguna di kediaman yang menggunakan meter individu bermula 1 Jun depan, demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar di sini, Jumaat.

Kenyataan itu menyebut, kerajaan Selangor juga telah menjalankan kajian berhubung mekanisme bagi melaksanakan dasar berkenaan demi menjaga kepentingan kerajaan negeri sendiri, alam sekitar dan orang ramai.

Menurut kenyataan itu, dasar tersebut bertujuan meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagaimanapun rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Bekalan air percuma itu merupakan antara janji dalam manifesto pakatan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada pilihan raya umum lepas!

Exco Perak

10 Exco Perak angkat sumpah jawatan, Terengganu negeri terakhir bentuk kerajaan
Posted on Saturday, March 29 @ 14:46:46



"
SEMUA lima negeri yang dimenangi Barisan Altenatif pada pilihan raya umum 8 Mac lalu secara rasminya selesai membentuk kerajaan negeri masing-masing apabila 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pagi tadi.

Majlis angkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.
Namun, Upacara hari ini sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi mengenai kemelut yang dihadapi kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS dalam pembentukan kerajaan negeri dan pengagihan barisan Exco.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.

Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).

Pada istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu, kesemua mereka menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Exco kerajaan negeri.

Mereka kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V T Singham.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan beberapa wakil Adun dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun tiada pengumuman mengenai portfolio termasuk dua jawatan Timbalan Menteri Besar seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS mengangkat sumpah jawatan dan lafaz taat setia pada 17 Mac lepas.

Kini hanya tinggal Terengganu satu-satunya negeri yang masih belum dapat membentuk kerajaan negeri ekoran krisis dalaman BN menyebabkan pihak Istana menolak calon asal dikemukakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaliknya Istana menerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) mengambil keputusan melantik bukan calon pilihan Abdullah, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar baru Terengganu, 23 Mac lalu.

Dilaporkan majlis angkat sumpah Ahmad Said akan berlangsung esok. Sebelum ini Ahmad berkata beliau tidak perlu mengangkat sumpah sebaliknya memadai dengan watikah yang diterima dari MPPR untuk mengesahkan statusnya sebagai Menteri Besar Terengganu.

media

Keputusan PRU-12 bukti rakyat tolak laporan berat sebelah media arus perdana
Posted on Sunday, March 30 @ 10:03:03 MYT


Oleh Salmiyah Harun

Keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat telah menolak kerajaan BN dan ia sekaligus membuktikan kegagalan media arus perdana memberi laporan yang seimbang kepada semua pihak yang bertanding.

Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Centre For Independent Journalisme (CIJ) V Gayathry dalam sidang media di pejabatnya dekat Jalan Pahang semalam.
Menurut beliau, keputusan pilihan raya itu adalah satu indikasi yang kuat menunjukan kegagalan media untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.

Kegagalan tersebut dibuktikan berdasarkan kajian yang dijalankan CIJ sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya lalu menunjukkan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan liputan pro-BN sehingga mencecah 93 peratus.

Katanya, secara keseluruhan enam akhbar yang dipantaunya semuanya akhbar arus perdana yang telah memihak kepada BN.

"Begitu juga kita lihat akhbar-akhbar Tamil turut menyebelahi BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai banyak berita dan ruang yang besar untuk pembangkang misalnya analisis tentang kekuatan pembangkang,"katanya.

Tambahnya, akhbar berbahasa Inggeris seperti NST dan The Star adalah tertinggi menyiarkan banyak isu yang memberi kelebihan kepada BN.

"Semua news yang disiarkan adalah pro kepada BN cuma ada satu sahaja berita Anuar Ibrahim tetapi di sekelilingnya ada berita yang mengutuk Anuar semula," katanya.

Sementara itu, Gayathry turut mencadangkan kepada lima negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang menegaskan pendirian mereka untuk menggunakan saluran RTM negeri bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyatnya.

Tegasnya, perubahan politik pada hari ini memberi peluang misalnya kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang boleh membuat tuntutan termasuk perundangan untuk menggalakkan membuat akhbar mereka sendiri sama ada akhbar negeri.

"Kita sedang mengkaji bagaimana Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPA) di diabaikan oleh pihak kerajaan negeri. Bolehkah kita dapatkan individu untuk memulakan akhbar tanpa dapat apa-apa lesen sebagai mana akhbar lain yang perlukan," katanya.

Justeru, tidak cukup jika Lim Guang Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diletak muka hadapan akhbar arus perdana, apa yang penting bagaimana media sekarang harus melaporkan apa sebenarnya yang berlaku, katanya./wann

persahabatan

Rombongan PAS Kelantan kunjungi MB Perak
JOHARI JAAFAR
Sun | Mar 30, 08 | 9:30:14 am MYT
IPOH 30 Mac, (Hrkh) - Seramai 140 orang rombongan dari Kelantan khususnya dari PAS Kawasan Pasir Putih yang diketuai oleh Yugani Yunus telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di kediaman Rasmi Menteri Besar 28 Mac lalu.

Yugani dalam ucapannya berkata, hasrat untuk mengadakan kunjungan di Negeri Perak kian membara sebaik sahaja diisytiharkan pakatan Barisan Rakyat berjaya membentuk kerajan campuran di negeri ini.

Hasrat ini semakin membara apabila mengetahui kerajaan campuran yang dodokong DAP, PKR dan PAS diterajui oleh Menteri Besar dari kalangan salah seorang pimpinan PAS Perak.

"Selama ini kita baca dan lihat gambar Ir Nizar dalam suratkhabar, kali ini kita jumpa sendiri dan kami mahu menyampaikan sendiri ucapan tahniah kepada Nizar yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar Perak yang ke 10," ujarnya.

Menurutnya, rakyat Kelantan sentiasa mengikuti perkembangan politik di negeri ini terutama apabila Barisan Rakyat berjaya menumbangkan BN.

"KIta berdoa agar kerajaan campuran ini akan terus memerintah Negeri Perak dengan jayanya," katanya.

Beliau berharap Mohammad Nizar dapat menerajui pemerintahan di Perak dengan tenang dan sabar kerana banya ujian dan halangannya yang prlu dihadapi.

Sementara itu Mohammad Nizar dalam kata-kata aluannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada rombongan kerana sudi mengunjungiinya, sekaligus ia memberikan kekuatan dan semangat kepada beliau yang mengemudi kerajaan barisan rakyat di negeri ini.

"Kemenangan ini adalah kurnia dari Allah dan kerajaan negeri akan memikul tanggungjawab ini dengan melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.," katanya.

Kerajaan campran akan terus melaksanakan apa juga program yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat berlandaskan berlandaskan kepada prinsip keadilan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang mendoakan kesejahteraan kepada PAS Perak," katanya./wann.

Filem pendek 'fitna'

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Mar 30, 08 | 8:49:13 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Sunday, March 23, 2008

Banjir Kilat 22/3/2008

Sekitar Jalan 3/1










Sekitar Jalan 3/38 hingga 3/42



Diharap ada tindakan segera dari pihak MPKJ dan Pemaju berkaitan.

Monday, March 17, 2008

DARUL RIDZUAN

Perak batal saman letak kereta



"BEBERAPA jam selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan pemansuhan bayaran saman dan notis kompaun membabitkan penjaja dan parking kereta yang diterima semua rakyat negeri itu sehingga tarikh hari ini.

Mohammad Nizar berkata pembatalan notis saman dan denda itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum lalu hingga membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan campuran di Perak.


"Tawaran ini meliputi semua saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga hari ini sahaja sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini, sebagaimana dilaporkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

Sementara itu Bernama melaporkan tawaran-tawaran lain yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

DARUL AMAN

Azizan Umum Turun Cukai Tanah & tiket bola FREE


Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.


Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super. Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini. Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak. Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.
Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid. "Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.
Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah. "Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.
Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.

BERITA KEDUA

Azizan Minta Semua JKKK Bekerja Seperti Biasa



ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta majlis kerajaan tempatan supaya bekerja seperti biasa dan terus memberi khidmat kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri yang kini dipimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini tidak memecat sesiapapun dan mereka masih boleh terus berkhidmat sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

"Kami dengar ada JKKK tidak mahu tandatangan borang murid sekolah dan sebagainya sedangkan mereka masih boleh berkhidmat. Jangan rasa takut kerana kami akan beritahu tempoh perkhidmatan mereka pada satu tarikh yang akan ditentukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini.

Azizan berkata kerajaan tidak mahu membuat perubahan drastik sebaliknya akan dilakukan secara beransur-ansur.

Beliau berkata semua pegawai kerajaan juga diminta untuk meneruskan projek yang telah dirancang kerana kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membatalkan mana-mana projek malah akan mempertingkatkan kemajuan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

Mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan menutup semua kedai perjudian, beliau berkata perkara itu akan dilaksana secara berperingkat.

DARUL EHSAN


Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April
Oleh: ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 16 Mac-Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma."Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.

Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.
Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.

Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.

Sunday, March 16, 2008

Maulidur Rasul

Bersamalah kita jayakan sambutan maulidur rasul peringkat Negeri Selangor ini.

Wednesday, March 12, 2008

malam persiapan







cukup bersedia untuk esoknya..

suasana awal pagi mengundi

petugas baru datang..
masih sunyi




cukup baik dan teratur ..

Tuesday, March 11, 2008

suasana di SK Jalan Tiga

lawatan Dr Shafie

kecoh sedikit apabila petugas PAS tidak membenarkan sesiapa masuk ke pusat mengundi selepas pukul 5 dan selepas pengawal menutup pagar sekolah kerana terdapat individu yang cuba masuk dengan mengaku sebagai ejen calon yang bertanding.




sekadar yang sempat dirakam

Monday, March 10, 2008

wajah utusan malaysia


Cerita Terengganu

Isnin 10 Mac 2008 2 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah

BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu
Awang Harun Mon Mar 10, 08 4:54:23 pm MYT
MARANG, 10 Mac (Hrkh)- Nasib Barisan Nasional Terengganu lebih baik kerana tidak seburuk rakan-rakannya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang mengakibatkan berlaku pertukaran kerajaan negeri.

Sebelum ini, Terengganu dan Kelantan menjadi tumpuan utama BN dan strategi membawa masuk pengundi 'luar' (hantu) kedua-dua negeri itu dilakukan sejak PRU Ke-11 lagi. Namun begitu, senario kali ini tidak semudah disangkakan apabila berlaku kebangkitan rakyat serta gelombang inginkan perubahan.

Pada 8 Mac 2008 lalu, berlaku satu insiden di Kampung Rusila, Marang apabila penduduk setempat bertindak sendirian menahan dua buah bas yang disyaki membawa para pengundi luar, kira-kira jam 10.00 pagi tersebut.

Kedua-dua penumpang bas berkenaan ditahan serta diambil kad pengenalan masing-masing bagi tujuan semakan daftar pemilih di Peti Undi Rusila, Marang. Dimaklumkan, pengesahan dibuat membuktikan penumpang kedua-dua buah bas tersebut merupakan pelatih jururawat berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.

Mereka dikatakan telah didaftarkan sebagai pengundi di Peti Undi Rusila bagi menjatuhkan Presiden PAS dalam pilihan raya kali ini. Polis yang menerima maklumat berhubung kes tersebut bergegas ke tempat kejadian serta meminta penduduk terbabit menyerahkan kembali sejumlah 58 keping kad pengenalan yang diambil itu.

Sehubungan itu, anak kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iaitu Muhamad Khalil telah tampil bagi membantu pihak polis mendapatkan kembali kad-kad pengenalan tersebut.

Sebaliknya, pihak polis bertindak agresif dengan menahan Muhamad Khalil di bawah Seksyen 25(1) (a) Peraturan Pendaftaran Negara kerana didakwa kononnya menyimpan kad pengenalan orang lain tanpa mempunyai kuasa sah mengikut undang-undang.

Insiden spontan itu, telah membangkitkan kemarahan anak-anak muda dan penduduk setempat bertindak menghalang serta 'bertempur' dengan pihak polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Dalam kejadian tersebut anggota FRU sekali lagi bertindak agresif dengan melepaskan lebih 20 butir bom asap (pemedih mata) bagi menyurai kumpulan orang ramai itu. Ekoran insiden tersebut, Muhamad Khalil yang ditahan serta berada di dalam kenderaan pancuan empat roda polis tercedera di kepala akibat terkena serpihan kaca dan batu.

Kejadian tersebut mengakibatkan anak Presiden PAS itu terpaksa menerima rawatan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Rusuhan berlaku seketika akibat tindak balas penduduk setempat mempertahankan diri dari tindakan agresif polis dan anggota FRU terhadap orang awam di tempat kejadian.

Lebih 1000 orang awam terdiri dari kalangan penduduk setempat yang keluar mengundi bertindak mempertahankan diri dari keganasan pihak pasukan keselamatan. Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaakob berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan setakat ini seramai 24 orang ditahan termasuk Muhamad Khalil.

Katanya, polis menahan 24 individu berusia 15 hingga 60 tahun di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 143 kerana berhimpun secara haram, Seksyen 36 (1) (n) Akta Pilihan Raya dan Seksyen 25(1)(a) Peraturan Pendaftaran Negara.

Presiden PAS, sekali lagi mempertahankan tindakan Muhamad Khalil bersama penduduk setempat menghalang serta menyekat pengundi luar pada insiden 8 Mac 2008 lalu.
Katanya, Khalil dan penduduk kampung Rusila bertindak cemerlang dalam usaha memulihkan demokrasi di negara ini.

"Dia (Khalil) dan penduduk kampung ini (Rusila) ditahan polis dan tercedera kerana terkena batu ketika berada dalam kenderaan polis dan saya berbangga dengan dia. "Biarlah, dia (anak) kena tahan kerana berjuang menuntut keadilan dalam demokrasi yang semakin tercemar," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, Sabtu lalu.

Katanya, Muhamad Khalil bersama penduduk berjaya menahan dua buah bas yang disahkan pengundi berasal dari Selangor, Perak dan Sabah. Kejadian tersebut telah berjaya menyelamatkan kerusi PAS Rhu Rendang serta berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Marang dari tangan Barisan Nasional.

Keputusan pilihan raya menunjukkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan kerusi Rhu Rendang menewaskan calon BN, Razali Idris dengan majoriti 2,686 undi. Manakala, bagi kerusi Parlimen Marang pula berjaya dirampas kembali menewaskan calon BN, Dato' Dr Ahmad Ramzi Zubir dengan majoriti 2,747 undi.

Tinjauan Harakah pada hari pengundi berlaku mana-mana tempat yang 'panas' serta berjaya menahan pengundi luar masuk ke tempat mengundi didapati akan dimenangi oleh calon PAS dalam Pilihan Raya ke-12 ini. - mr

Sabotaj UMNO-BN

Isnin 10 Mac 2008 2 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah

Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah
Roy Rasul Mon Mar 10, 08 4:59:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.

Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis. Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut. Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.

"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.

Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa. Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.
Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ. - mr

Gelombang Kebangkitan Rakyat

Tiga negeri dapat MB, KM baru

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Abdul Razak, semalam mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, sehari selepas parti itu menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula masing-masing dipilih sebagai Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Kelantan pula mengekalkan kedudukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar untuk penggal keempat berturut-turut.

Bagaimanapun, Perak yang turut ditawan parti pembangkang belum memutuskan calon yang akan dilantik sebagai Menteri Besar. Pas, DAP dan PKR yang bakal menubuhkan kerajaan campuran di Perak, sebelum ini dikatakan mencapai persetujuan untuk mencalonkan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, mengesahkannya kepada Bernama semalam, tetapi Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang ditemui pemberita di Ipoh menafikan laporan itu kerana ia belum diputuskan Majlis Tertinggi DAP.

Pada pilihan raya kelmarin, DAP menang 18 kerusi DUN di Perak, Pas (enam) dan PKR (tujuh) untuk mengumpul 31 kerusi, iaitu lebih tiga kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 28 kerusi DUN. Pada Pilihan Raya Umum 2004, BN menguasai 52 daripada 59 kerusi DUN di Perak dengan DAP menang tujuh kerusi. Di ALOR STAR, Azizan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Wisma Darulaman, kira-kira jam 3 petang semalam. Pas memenangi 16 daripada 36 kerusi DUN di Kedah, PKR (empat) dan masing-masing satu oleh DAP dan Bebas, manakala BN 14 kerusi DUN.

Pada sidang media selepas majlis mengangkat sumpah itu, Azizan berkata, rundingan sedang diadakan bagi membolehkan calon Bebas yang memenangi kerusi DUN Bukit Selambau, V Arumugam, menyertai PKR. Pas memerlukan Arumugam dan wakil DAP bagi DUN Kota Darulaman, Lee Guan Aik, bagi membentuk barisan Exco yang mewakili semua kaum.

Di GEORGETOWN, Lim yang menang kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih, akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru esok. DAP yang memenangi 19 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, mengadakan pakatan dengan PKR bagi membolehkannya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga. PKR memenangi sembilan daripada 16 DUN yang ditandingi, manakala Pas mengekalkan kerusi Permatang Pasir, dan kalah di empat lagi kerusi DUN.

Di PETALING JAYA, PKR, DAP serta Pas bersetuju menubuhkan kerajaan campuran di Selangor dan memilih Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru. Pada sidang akhbarnya, Khalid yang memenangi kerusi DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak, berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor pada jam 2 petang ini serta bertemu Setiausaha Kerajaan Negeri bagi urusan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Di KOTA BAHRU, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Difahamkan Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra malam tadi bagi mendapat perkenan baginda. Pada pilihan raya umum kelmarin, PAS terus menguasai Kelantan buat penggal keempat berturut-turut setelah parti itu bersama PKR memenangi 39 daripada 45 kerusi DUN.

Pas membuat kebangkitan mengejutkan dengan pencapaian jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu apabila memperoleh 38 daripada 40 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR satu daripada lima kerusi yang ditandingi. BN hanya memenangi enam kerusi DUN.

Di KOTA KINABALU, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah, di Istana Negeri pada jam 3 petang, semalam. Majlis turut disaksikan semua calon BN Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan ketua parti komponen BN negeri. BN memenangi 59 daripada 60 kerusi DUN di Sabah, manakala DAP satu kerusi.

Pada sidang media di kediaman rasminya di Sri Gaya selepas majlis itu, Musa berkata Kabinet negeri akan diumumkan selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat. Di MELAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub di Istana Negeri pada jam 10 pagi, Rabu ini. BN Melaka membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 23 daripada 28 kerusi DUN, manakala lima lagi dimenangi DAP.

Monday, March 3, 2008

Ceramah Umum di Bangi Perdana

Ceramah Umum Negara Berkebajikan akan diadakan seperti berikut:

Penceramah :
Ustaz Hassan Shukri
Ustaz Ahmad Hasbullah
Sdr Shukor Atan

Tarikh: 05/03/2008 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat: Padang Bangi Perdana

Kehadiran semua amat dialu-alukan.

PAS UNTUK SEMUA