Tuesday, May 25, 2010

Dewan Himpunan Penyokong PAS

Kelulusan dan kehadiran DHPP dalam muktamar kali ini sudah tentu suatu kelainan. Kerana Kontinjen PAS kini bertambah satu pasukan.

Apa yang Pasti, usaha ini menunjukkan penerimaan langsung masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Cuma agak pelik bila ada satu dua juak kecil dari BN mempertikai bila DHPP tiada hak memilih dan dipilih dalam muktamar.

Bukankah ini suatu evolusi. Dari tiada, jadi ada. Sebelum ni tiada yang mahu bersama Pas. kemudian ditubuhkan kelab penyokong..just fan club..kemudian dipersetujui sebagai Dewan.

Semua pihak kena ingat. Hadir bersama HAK itu adalah TUGAS dan TANGGUNGJAWAB.

Untuk permulaan, biarlah mereka kenal dulu ahli PAS..yang dalam PAS pun nak kenal juga ahli DHPP. Bila dah saling kenal, boleh saling buat kerja amal untuk masyarakat. seterusnya usaha mencegah kemungkaran.

Apabila semua dah jelas dan sanggup, barulah sebut soal HAK DAN TANGGUNGJAWAB.

Kesimpulannya, kita kena berperingkat dalam berdakwah..


p/s- kena tanam dalam diri..buat kerja pejabat ke, kerja jual beli ke, bahkan kerja politik..mcm mana nak dakwah kepada golongan bukan Islam..