Friday, August 29, 2008

Logo sambutan Merdeka ke 51



ciplak atau kebetulan?

merdekakah kita ..??

Tuesday, August 26, 2008

cerita orang Perak

Konspirasi BPR-BN Perak
Posted by seriiskandar on August 22, 2008

Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.

Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.

Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.

Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.

Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .

Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.

Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.

Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.

Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.8.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.

Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.

Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.

Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.

Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.

Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.

Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.

Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.

Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.

Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.

Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?

Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!

Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.

Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

Monday, August 18, 2008

Muktamar PAS ke 54

TEPAT jam 3.00 petang 17 Ogos 2008, Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah menangguhkan Muktamar Tahunan PAS Ke-54 yang telah berlangsung bermula 15 Ogos di Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Muktamar kali ini telah mencatat satu lagi sejarah baru kepada PAS, terutama bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang untuk kali keempatnya menjadi tuan rumah muktamar iaitu pada tahun 1953, 1954 dan 1966.


Sebelum berlangsungnya muktamar, banyak pihak membuat andaian bahawa muktamar kali ini akan menjadi 'panas' dengan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan akhir-akhirnya. Pihak media arus perdana terutamanya seolah-olah membuat provokasi, memberikan gambaran bahawa muktamar ini tidak boleh dikawal dan akan menjadi medan kecaman kepada pemimpin.

Rupa-rupanya segala andaian itu meleset belaka; muktamar berjalan lancar dengan perbahasan yang penuh beradab dan tertib yang jelas menggambarkan kematangan para perwakilan. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi ia disampaikan dengan cara yang baik dan berakhlak. Kritikan-kritikan yang diberi penuh berhemah tanpa emosi serta kata-kata kesat dan melulu.

Itulah kematangan ahli-ahli PAS yang telah melalui proses tarbiyah. Mereka faham dengan adab ikhtilaf dan adab menegur pemimpin. Para perwakilan dengan penuh ikhlas menyampaikan teguran dan pandangan, sementara para pemimpin dengan penuh lapang dada menerimanya.

Kalau kita kutip dari laman-laman web dan blog-blog sebelum ini, kecaman hebat dihadapkan kepada pemimpin, sampai ada yang mengugut untuk keluar parti. Betul juga sebagaimana kata seorang perwakilan bahawa yang bercakap begitu adalah ahli PAS yang tidak pernah pun bayar yuran tahunan ahli. Memang itulah realitinya, yang bercakap berdegar-degar terutamanya di kedai-kedai kopi dan di wakaf-wakaf adalah orang yang tidak ke tengah dan ke tepi (dalam istilah orang Terengganu). Mereka mungkin tidak pernah ditarbiyah oleh PAS walaupun mengaku menjadi ahli PAS atau penyokong PAS.

Muktamar itu juga telah membangkitkan semangat dan daya juang para ahli PAS yang menghadirinya melalui ucapan-ucapan peneguhan oleh para pemimpin PAS dan wakil-wakil gerakan Islam dari luar negara, seperti dari Palestin, Jordan, Pakistan, Turki dan Indonesia.

Selain itu pengorbanan ahli-ahli juga meningkat melalui sumbangan-sumbangan derma kilat yang dilancarkan sepanjang muktamar itu. Misalnya, sumbangan (termasuk akujanji) dari para pemimpin, PAS Kawasan-Kawasan dan orang perseorangan berjaya dikutip melebih RM100,00 sepanjang tiga hari muktamar. Sementara derma kilat untuk perjuangan rakyat Palestin mencapai lebih RM60,000 setelah dilancarkan oleh Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Sesungguhnya Muktamar Tahunan PAS Ke-54 telah menatijahkan sesuatu yang bermakna kepada mereka yang menghadirinya; ukhuwwah mereka makin bertaut kukuh, semangat dan daya juang mereka makin meningkat serta wala' dan taat mereka kepada para pemimpin semakin bertambah. Semoga PAS akan terus maju dan bertambah kuat dalam melayari bahtera perjuangan sebagaimana kata-kata akhir Presiden PAS semasa ucapan penangguhan muktamar bahawa sasaran perjuangan kita adalah luas dan lautan yang kita harungi juga luas dengan ribut dan taufan, tetapi akar tunjang kita kuat dan tidak menjejaskan kita.

Monday, August 11, 2008

Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi



Aktiviti Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi di
PKNS Bangi pada hujung minggu lepas.

Antaranya aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

Monday, August 4, 2008

Permatang Pauh: SPR tidak beri layanan istimewa, Anwar masih diyakini menang

05-08-2008 08:50:46 AM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Permatang Pauh, penganalisis-penganalisis politik masih yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali mewakili bahagian itu di Parlimen selewat-lewatnya awal bulan depan.

Prof. Dr Chandra Muzaffar, bekas 'orang kanan' Anwar yang membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 10 tahun yang lalu, yakin pemilihan kerusi ‘selamat’ Permatang Pauh sememangnya langkah bijak diambil Anwar untuk menjamin kemenangannya selepas menyandangnya dari 1982 hingga 1999.

“Memandangkan kepada faktor sejarah iaitu beliau merupakan penyandang kerusi itu sejak tahun 1982 hinggalah beliau ditahan pada 1998, mungkin tiada calon tempatan yang boleh menandingi Anwar.

“Calon untuk bertanding memanglah ada tetapi bolehkah beliau menandingi kekuatan Anwar?” kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Chandra, kini Presiden pertubuhan JUST keluar daripada Keadilan (kini PKR) kira-kira enam tahun yang lalu disebabkan beberapa faktor, termasuk tidak dapat menerima hala tuju parti tersebut.

Meskipun begitu, Chandra berpendapat bahawa walaupun bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor menyatakan kesediaannya untuk mencabar Anwar di Permatang Pauh, tetapi ia bukan sesuatu yang boleh menggugat kedudukan Anwar di kerusi tradisinya itu.

“Ezam memang bersedia untuk bertanding tetapi beliau juga tidak dapat menjamin kemenangan BN kerana beliau bukan anak tempatan.

“Tambahan pula, beliau merupakan bekas setiausaha politik Anwar. Justeru dari segi budaya politik, orang tempatan tentunya tidak senang bila Ezam mencabar bekas ketuanya,” katanya.

Chandra berkata, antara faktor lain yang dilihat menjadi penghalang kepada BN untuk merampas kawasan tersebut adalalah keyakinan pengundi terhadap parti itu yang masih belum pulih sepenuhnya sejak pilihan raya umum lalu.

“Selain itu, pilihan raya ini akan berlaku ketika harga minyak masih tinggi dan ekonomi juga belum stabil yang merupakan masalah yang belum mampu diselesaikan kerajaan,” katanya.

Kata beliau, pilihan raya kecil ini berbeza dengan pilihan raya umum lalu kerana Permatang Pauh kini berada dalam negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

“Sebelum pilihan raya umum, Pulau Pinang milik BN tetapi kini sudah menjadi milik DAP.

“Bagaimanapun, walau sesukar manapun jalan untuk BN, mereka tetap terpaksa bertanding,” katanya.

Chandra berkata, terpulang kepada BN untuk mengatur strategi di Permatang Pauh kerana mereka tentunya akan mengambil kira suara akar umbi tetapi katanya, BN seharusnya mengutamakan anak tempatan daripada orang luar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, tiada keistimewaan diberikan dalam menguruskan pilihan raya kecil kali ini - yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12.

Sebaliknya, kata beliau, ia akan diuruskan mengikut peruntukan perundangan - undang-undang pilihan raya.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil ini akan diadakan secepat yang mungkin, Abdul Rashid memberitahu, ia terpulang kepada anggota panel SPR untuk memutuskannya.

"Saya serahkan kepada anggota untuk membuat keputusan. Mereka akan menentukan esok (Rabu)," katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, walaupun BN sedang mempertimbangkan beberapa nama yang berpotensi untuk mencabar Anwar, namun kerusi Parlimen itu memang sukar untuk dirampas.

“Sebelum Anwar, kerusi itu adalah milik PAS. Hanya apabila Anwar bertanding di situ pada 1982, kerusi tersebut menjadi milik BN.

“Kemudian, apabila isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Wan Ismail) bertanding, kerusi itu menjadi hak milik PKR.

“Justeru, kita dapat lihat pengundi lebih mengutamakan individu itu sendiri daripada parti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Ezam untuk mencabar bekas timbalan Perdana Menteri itu, Dr Azeem turut berpendapat, itu tidak akan menyumbang kepada kemenangan BN.

“Ezam bukan anak tempatan. Sedangkan Datuk Pirdaus Ismail (wakil BN di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu) yang merupakan bekas imam dan berasal dari Pulau Pinang juga gagal merampas kerusi itu,” katanya.

Katanya, kerusi itu akan menjadi milik PKR memandangkan parti itu sentiasa bercakap mengenai kepentingan rakyat dan menunjukkan rasa simpati mereka ekoran kenaikan harga minyak.

“Itu antara kekuatan PKR. Anwar sering menyatakan yang beliau prihatin terhadap nasib rakyat berikutan kenaikan harga minyak sedangkan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa berhubung isu itu,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin berkata, siapa pun yang diletakkan BN di Permatang Pauh tidak akan mampu menyekat kemaraan Anwar untuk mendapatkan kerusi itu.

“BN akan tetap memberikan saingan tetapi Permatang Pauh merupakan kubu Anwar. Justeru, agak sukar untuk merampasnya,” katanya.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan tindakan Anwar memilih Permatang Pauh untuk bertanding sebagai langkah selamat tetapi katanya, Anwar juga mempunyai peluang untuk menang jika bertanding di kawasan lain memandangkan pengaruh besar yang ada padanya.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong selepas penyandangnya, Dr.Wan Azizah, yang juga Presiden PKR mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta pada Khamis lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.

Kelmarin, Anwar sendiri menyatakan keyakinannya yang tinggi untuk menang dalam pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 itu berdasarkan kekuatan parti yang telah menakluki kawasan berkenaan sejak sekian lama yang diwakili oleh Azizah.

PAS kerjasama dengan KeADILan, DAP bantu Anwar

Suhaimi Taib
Tue | Aug 05, 08 | 7:40:21 am MYT


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.

"Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh," katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato' Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.

Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.

BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.

Anwar sebelum ini tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kerana dikenakan hukuman penjara enam tahun akibat tuduhan salahguna kuasa sekaligus satu sekatan berpolitik telah dikenakan ke atas beliau selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Bagimanapun sekatan bergiat aktif dalam aktiviti politik (termasuk bertanding dalam pilihn raya) telah tamat April lalu dan beliau boleh aktif semula dalam kegiatan politik.