Wednesday, December 9, 2009

Kemaskini Akaun

Menjelang akhir Disember, banyak pihak, terutama Bank sibuk kemaskini akaun untuk melihat prestasi dan pencapaian tahunan. Bagi pihak pekerja, sudah tentu mengharapkan imbuhan khas sekiranya berjaya melaksanakan kerja dengan cemerlang.

Namun bagi sekalian ahli dan pendokong gerakan Islam, terutama PAS, amat patut dibuat muhasabah diri supaya jelas sejauh mana usaha dan pencapaian 2009. Bukan untuk imbuhan atau ganjaran dunia, tetapi sebagai menilai sebanyak bekal untuk kembali pada-Nya.

Dari aspek dakwah sesama kejiranan, masyarakat, bahkan jamaah sendiri. Perlu dinilai dan diukur sejauh mana usaha yang dibuat. Andai kata anda sebagai pegawai penilai, agak-agak patutkah diri anda diberi markah yang tinggi? Agak-agak layak tak mendapat tiket ke syurga?

Sehebat mana pun anda di dunia, tak kan terlawan hebatnya hidup di akhirat. Sesusah mana pun hidup anda di dunia, tak kan terbanding siksaan di neraka. Oleh itu, hiduplah sebagai hamba kepada-NYA. Jangan berlagak hebat mempertikai atau melengah ketetapan dari-Nya.

Sunday, November 22, 2009

Pro Aktif

Ahli PAS diharap sentiasa pro aktif dalam mendepani segala isu dan permasalahan dalam masyarakat. Hal ini bukan sekadar kerana aspek politik, tetapi lebih dari itu, tugas dan tanggungjawab sebagai muslim.

Hakikatnya, 40 jiran dalam radius 360 darjah dari rumah sendiri perlu diketahui dan dikenali. Itu kewajiban asas dalam hidup berjiran.

Lebih dari itu, tugas dan tanggungjawab sebagai penyambung dakwah dan perjuangan Rasul SAW menyebarkan Islam.

Tidak perlu tauliah untuk mengajar , sebaliknya dakwah paling berkesan adalah dengan teladan dan sikap yang baik. Tidak perlu banyak mengajar atau menerangkan, sebaliknya sikap dan penglibatan dalam masyarakat itu sendiri sudah mencerminkan apa yang sepatutnya.

Akhlak Islam itu jauh lebih besar dan hal integriti, moral atau etika. Kerana itu juga, Rasul SAW diutuskan menyempurnakan akhlak manusia.

Jadi sama-samalah kita didik dan tarbiyah diri agar hidup atas landasan akhlak yang telah ditetapkan oleh Rasul SAW.

Wednesday, November 4, 2009

Peringatan untuk semua

Jangan terperangkap! serang 'sahabat satu jemaah' lebih hebat dari serang musuh
Nazri Abdullah Thu Nov 05, 09 11:02:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar. Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri.

"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.

"Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya http://tuanibrahim.blogspot.com.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Disiplin PAS berkata, Petugas PAS perlu sedar bahawa Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihanraya kecil berikutnya.

Umno kini katanya menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam PR sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

Strategi itu katanya dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman PR.

"Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulisnya lagi.

Namun katanya, keadaan masih belum terlewat untuk petugas PAS kembali kepada fokus sebenar iaitu merancang straregi menang PRU ke-13.

"Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita.
"Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah," tegasnya.

Keadaan yang berlaku pada PAS kini turut dianalogikan dengan kisah 'enam pelabur' bercadang menternak kambing. Biarpun projek mereka belum berjalan namun masing-masing sudah bergaduh memikirkan pembahagian keuntungan.

Sehingga salah seorang dari mereka dilaporkan berkata:
"Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi". ceritanya dipetik.

"Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja," katanya.

Thursday, October 29, 2009

Seminar

bagus la nak berseminar ..

majlis ilmu juga tu ..

elok juga sekalian cerdik pandai sama-sama berkumpul dan memberi idea...

PAS perlu pastikan gerakan perjuangan berlandaskan ilmu dan kebenaran..

tak ke mana kalau ikut perasaan dan sentimen semata-mata...

Sunday, October 18, 2009

Perjuangan tetap diteruskan

Perjuangan Islam perlu diteruskan dalam apa juga situasi dan keadaan.

PAS biasa kalah dalam pilihanraya, cuma baru sedikit-sedikit menang mutakhir ini. Jadi bagi pejuang PAS sebenar, kegagalan mengambil alih Bagan Pinang itu bukan suatu yang luar biasa.

Hakikatnya, bukan kita yang memulakan Perjuangan ISLAM ini, dan bukan kita yang menjadi penutup tirainya.

Dari zaman berzaman, Perjuangan Islam tetap berterusan, dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Samada bersenjata menentang penjajahan Yahudi dan Nasrani, atau kaedah politik setempat.

Bahkan jika PAS menang semua Parlimen atau Dun di Malaysia sekalipun, perjuangan PAS masih belum terhenti.

Masih luas dan besar cabaran untuk membela Islam. Bukan sekadar memikirkan kekalahan pilihanraya. Itu hanya sekadar 'event' dari semasa ke semasa. Ibarat musim buah sahaja. Musim Durian, jaga durian. Musim Rambutan, kait rambutan.

Itulah yang menjadikan orang-orang tua kita dalam PAS dahulu tetap setia dan teguh bersama PAS. Buat sahaja kerja. Menang atau kalah, itu urusan ALlah yang tentukan.

Cuma, ikhtiar kena buat. Kalau tanam pokok , jangan lupa baja dan airnya. Tengok juga kalau-kalau ada tupai dan monyet yang merosak tanaman.

Kalau baja dan air tak dijaga, mengikut adatnya, memang hasil tidak lumayan. Jika tarbiyah dan dakwah tak jaga, maka ahli dan penyokong akan layu dan lemah.

Dan kalau tupai dan monyet dibiarkan, maka habisla tanaman dirosakkan. Jadi, musuh dalam selimut mesti diawasi, agar kerja jemaah tidak jadi sia-sia begitu sahaja.

Kesimpulannya, dalam doa dan tawakal, mesti juga diiringi usaha dan ikhtiar..


p/s- pandangan :
untuk semua ahli baru, elok adakan majlis bai'ah..
untuk Taat pada ALlah dan Rasul-Nya..

dalam berpolitik pun, jangan lupa agenda utama
PAS adalah meneruskan dakwah Rasul SAW...

Monday, August 10, 2009

Pengajaran buat DAP

Isu yang bermain di media massa ketika ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh DAP. Belajar memahami dan menghormati hak dan sensitiviti Umat Islam.

Selama ini, umat Islam tidak pernah mencampuri dan mengganggu hak dan sensitiviti non-muslim, maka jangan diganggu orang lain.

Selama ini, DAP terlalu banyak menyibuk hal Islam, bermula soal murtad, soal pasangan non-muslim yang masuk Islam, bahkan ke soal poligami pun turut menyibuk. Yang terbaru, sibuk komen soal anak haram.

Mana-mana orang dan agama juga akan melabel anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak haram. Anak haram tetap anak haram. Soal penerimaan masyarakat itu hal lain. Mungkin bagi masyarakat bukan Islam tidak jadi isu. Namun prinsipnya tetap anak haram. Tak perlu lagi dipersoalkan. Tak kan nak kata halal ?

Namun, dalam soal arak, babi dan anjing, itu adalah sempadan akhir sensitiviti umat Islam. Walaupun jenis sanggup simpan songkok untuk tikam nombor ekor, melayu yang jahil pun akan bangkit menentang apabila menyentuh isu arak, babi dan anjing.

Adalah sangat baik jika DAP lebih menyibukkan diri membenteras kehadiran GRO dan Pelacur China, kes-kes along, dan kilang-kilang haram di sekitar kampung baru.

DAP ada banyak sangat kerja yang belum dibuat, jadi fokuslah kepada kerja-kerja yang lebih penting untuk dibuat. Kepada DAP, utamakan kerja, bukan hanya berkata-kata.

Penglipurlara Hikayat Melayu

PAS Bangi3 Menyokong kenyataan supaya dihentikan cerita
dari penglipurlara Hikayat Melayu :


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.
"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.

Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

Thursday, June 25, 2009

kerja dan mengerjakan

kelihatan beberapa kerosakan kecil di jalan telah dibaiki
di sepanjang jalan 3/1.

inilah masanya untuk semua kerja, bukan sekadar untuk
kebaikan diri, bahkan untuk kemaslahatan ummah.

tahniah kepada mpkj dan sekalian pihak yang terlibat.

nampaknya semua cepat bertindak selepas dikerjakan
semasa dialog pbt-penduduk ahad lepas.

apa pun, tahniah dan syabas buat semua.

Friday, June 5, 2009

bersama kepimpinan ulama

Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

ImageSementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Sunday, May 3, 2009

SUKANEKA PERPADUAN

Sempena Sukan Perpaduan Majlis Perwakilan Penduduk-MPKj , diharap semua penyokong dan pendokong PAS turut sama menjayakan.

Selain dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk, usaha ini penting sebagai pengisian berorganisasi dan berkerajaan.

Usaha untuk menang bukan mudah, tapi paling perit adalah untuk mengisi kemenangan.

Ayuh, sertai cabaran sukaneka ini.

BERIKAN NAMA PADA RUANGAN KOMEN, ATAU TERUS SAHAJA EMEL KE mpp23mpkj@gmail.com

Thursday, April 23, 2009

titik akhir umeno bersama Islam

semalam adalah titik akhir umeno bersama Islam.
Mulai semalam, Umeno sudah tidak ada lagi sebarang
niat untuk bersama Islam.

Kalau tak keluar Islam pun, umno sudah menjadi
Pejuang kebebasan Liberal dan anti Islam.

berikut ulasan dan kenyataan akhbar MP Zulkifli Noordin
yang boleh sama-sama kita fikirkan. Setidak-tidaknya dari
aspek perundangan semasa negara.

KENYATAAN AKHBAR
23 April 2009
Oleh FND pada 6:33 PM 0 komentar
Label:

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz berkatan isu perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan seseorang yang "convert" atau memeluk agama Islam.
Sekali lagi isu berkaitan status agama seorang kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan hak seseorang "mua'alaf' dalam hal perceraian dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ini merujuk kepada kes terbaru melibatkan seorang bernama Pathmanaban atau kini dikenali sebagai Mohd. Ridhuan Abdullah, dimana beliau yang asalnya beragama Hindu telah memeluk agama Islam. Beliau juga dikatakan telah menukar agama anaknya yang lahir daripada keluarga Hindu kepada Islam. Isteri beliau dikatakan tidak mengetahui akan perkara ini.Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.

Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..
Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.Malahan dari segi hukum syara', ada pendapat yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak dibawah umur akil baligh dianggap Islam sebagai agama fitrah. Samada mereka disyahadahkan secara formal atau tidak itu tidak menjadi isu. Sebab itu kalau mana-mana kanak-kanak dijumpai tanpa dapat dikesan ibubapanya, atau ditemui mati tanpa diketahui agamanya, maka kanak-kanak itu adalah di anggap Islam dan akan diuruskan sebagai seorang Muslim.

Ini sekaligus menyanggah tanggapan mereka yang menyatakan dalam kes seseorang itu masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga, maka ini akan menganiaya anak-anaknya kerana mereka tidak mendapat pusaka. Inilah antara isu yang ditimbulkan didalam kes Allahyarham Mohd. Moorthy Abdullah. Sebaliknya jika seseorang itu masuk Islam dan meninggal, walaupun anak-anak beliau tidak di syahadahkan secara formal (apatah lagi kalau masih bayi dll), maka anak-anak itu di anggap berhak mewarisi pusaka beliau menurut hukum pusaka dan pembahagian faraid didalam Islam.

Ada pihak menyatakan bahawa ini tidak adil kerana menyebabkan ibu itu hilang hak jagaan terhadap anak-anak mereka.Isu ini juga tidak timbul kerana hak menukar agama dan hak jagaan adalah dua isu yang berbeza. Ini telah dijawab juga oleh Mahkamah dalam kes S. Shamala dimana bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliau sekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibu yang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agama anak-anak tersebut.

Di sana terdapat juga tuduhan menyatakan bahawa si suami memeluk Islam sebagai pintu belakang" untuk menafikan hak jagaan ibu tersebut. Ini adalah kerana apabila bapa tersebut memeluk Islam dan menukar agam anak-anaknya ke Islam, beliau akan pergi ke Mahkamah Syariah dan mendapatkan hak jagaan. Sebaliknya ibu itu didakwa tidak boleh pergi ke Mahkamah Syariah kerana beliau bukan Islam. Dan beliau tidak boleh mendapatkan perintah Mahkamah Sivil kerana berdasarkan Artikel 121 (1A), Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa membicarakan hal ehwal berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, dan hal jagaan kanak-kanak Islam adalah dalam bidangkuasa hadhanah Mahkamah Syariah.

Saya tidak menafikan ujud di sana segelintir dikalangan mereka yang memeluk Islam dan memperkudakan sistem perundangan sedia ada untuk mendapatkan perintah jagaan anak dan menafikan pihak yang bukan Islam daripada keadilan sewajarnya. Bagi saya ini suatu persepsi yang salah dan harus diperbetulkan. Saya berpendapat bahawa isu ini sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan sempit golongan tertentu. Sebagaimana kita maklum, apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan.

Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam.
Ternyata mereka yang membuat kenyataan tohmahan saperti ini adalah jahil dan tidak mengetahui sistem perundangan dan jurisprudens Islam. Undang-undang Islam bukan undang-undang rimba yang ditadbor oleh hakim-hakim tarzan mengikut citarasa nafsu beliau.

Sejarah telah membuktikan betapa para hakim syari'e sentiasa bertindak berdasarkan lunas-lunas ke'adilan kerana mereka sentiasa sedar akan hadis Rasulullah bahawa daripada tiap tiga hakim, dua sudah menempah tempatnya di neraka. Mereka juga sedar bahawa mereka wajib melaksanakan keadilan kepada mana-mana litigan tidak kira Muslim atau bukan.Ini terbukti dalam kes terbaru Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam, mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengar saksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan mati sebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukan Islamnya.

Apa yang penting ialah pihak-pihak yang terlibat tidak menanamkan sikap[ prejudis dan buruk sangka terhadap sistem perundangan Islam dan pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah. Walaupun sistem perundangan yang dilaksanakan belum lengkap sepenuhnya, namun dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah boleh berbangga kerana telah cuba sedaya upaya melaksanakan keadilan kepada semua pihak.

Apa yang perlu difahamkan pertamanya ialah apabila seseorang bukan Islam membawa kes ke Mahkamah Syariah, ini bukan bermakna mereka telah masuk Islam. Inilah masalahnya apabila ada pihak mengambil kesempatan akibat daripada kejahilan orang awam bahawa pergi ke Mahkamah Syariah bermakna seseorang itu masuk Islam.

Kedua, walaupun seseorang bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalam Mahkamah Syariah (bukan kerana undang-undang Islam tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan yang menyekatnya), beliau masih boleh melibatkan diri dalam prosiding di Mahkamah Syariah sebagai saksi.Bermakna sekiranya si bapa yang telah menukar agama memohon hak jagaan anak-anak dibawah umur baligh, maka si ibu (yang bukan Islam) boleh memohon memberi keterangan dan mengemukakan bukti bahawa si bapa tidak layak mendapat hak jagaan. Dan yakinlah bahawa Mahkamah Syariah akan menimbang semua keterangan dan bukti menurut undang-undang sedia ada dengan meletakkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu sebagai keutamaan.

Dan insyallah jika terbukti si bapa tidak layak, Mahkamah Syariah tidak akan memberikan hak jagaan itu kepada si bapa walaupun dia Muslim. Malahan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memberikan hak jagaan itu kepada si ibu, walaupun dia bukan Islam.. Dan inilah yang telah dibuktikan dalam kes Nyonya Tahir.

Berdasarkan saranan diatas, saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan kabinet nsaperti yang disiarkan melalui kenyataan Menteri di JPM tersebut yang mengesyorkan supaya digubal undang-undang untuk menafikan penukaran agama bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun. Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya isu berkaitan ini diberi bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Saya berharap sebelum kabinet mengambil tindakan selanjutnya, hendaklah semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pendapat. Dan nasihat saya kepada kabinet, hormatilah keluhuhuran Perlembagaan dan hormatilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang telah pun diputuskan. Malahan saya difahamkan sudah ujud satu jawatankuasa di peringkat Jabatan Peguam Negara yang sedang dan masih membincangkan isu-isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan. Saya percaya jawatankuasa yang dianggotai oleh bukan sahaja mereka dari bidang guaman, tetapi mufti, ulama', agamawan termasuk wakil Majlis Peguam dan wakil agama-agama lain saperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha & Sikh akan cuba mencapai suatu jalan penyelasaian yang boleh diterimapakai oleh kesemua pihak.

Sekian. Wassalam

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1430

Sunday, April 19, 2009

AGM 25 PAS Serdang


Tahniah atas penganjuran berkesan AGM 25 PAS Serdang.

Semoga saf kepimpinan baru melaksanakan amanah yang diberi
dengan penuh semangat dan berkesan.

Bagi sekalian pendokong dan penyokong perjuangan Islam,
bersamalah bekerja untuk mendaulatkan Islam.

Perjuangan itu dengan usaha dan pengorbanan,
bukan komen dan kritikan semata-mata.

Islam itu tidak perlu kepada kita,
tapi kita yang perlukan Islam..


dr blog ADUN Bangi

Bandar Seri Putra-19 Mac 2009.

Dr. Shafie Abu Bakar kekal sebagai Yang Dipertua PAS Serdang.
Beliau yang juga ADUN Bangi bersama timbalannya Mohd Shafie Ngah menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung PAS Serdang kali ke-25.


Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Husam Musa. Mesyuarat juga bersetuju melalui satu pengundian untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden. Sementara 3 orang Naib Presiden dicadangkan untuk peringkat pusat terdiri dari YB. Dato' Paduka Husam Musa, YB Salahuddin Ayub dan Hj. Mohd Sabu.


Wednesday, April 15, 2009

lagi hal di perak..


surat ni dikutip dari blog perisik rakyat ...
ada apa-apa komen ?

rumah dah siap , tapi ..

Wednesday, April 15, 2009

Kenyataan Dr Ahmad Samsuri
berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu
Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Assalamualaikum wbr,
Terimakasih di atas penjelasan dari Wakil Exco Pemuda Serdang mengenai 'Usul Kerajaan Perpaduan'.Berikut adalah penjelasan ringkas saya :

1. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menyentuh isu kerajaan perpaduan dalam ucapan perasmian saya. Tetapi setelah diminta oleh TYDP Kawasan utk bercakap mengenai konsep unity govt. ini, maka saya pun memenuhi permintaan beliau.

2. Ucapan saya jelas. Saya tegaskan bahawa 'kerajaan unity' BUKAN bermaksud 'PAS bergabung dengan UMNO atau BN'. Kerajaan unity adalah semua parti termasuk(sekali lagi saya tulis SEMUA PARTI) dalam negara kita diberi peranan dalam kerajaan. Sekiranya mana2 parti dalam Pakatan Rakyat tidak bersama, maka Kerajaan Unity tidak akan wujud. Sekali lagi saya tulis - BUKAN PAS MASUK UMNO ATAU BARISAN NASIONAL. Titik. Period.

3. Persoalan samada UMNO atau BN menerima atau menolak konsep unity govt ini juga saya jelaskan dalam ucapan saya.

4. Kenapa dan apa perlunya idea unity govt ini timbul juga telah saya jelaskan dalam ucapan saya.

5. Saya ditanya selepas daripada ucapan saya samada konsep kerajaan unity ini di teruskan selepas perubahan kepimpinan dari Pak Lah ke Najib. Jawapan saya kepada sahabat yg membuat usul adalah TERANG dan JELAS iaitu - "atas arahan TGuru Presiden, tak perlu teruskan usul kerana idea unity govt ini ditawaqqufkan" (setelah perubahan kepimpinan negara berpindah kepada Najib).

6. Tidak ada percanggahan antara kenyataan TGuru Presiden dengan TGuru Mursyidul Am. TGuru Mursyidul Am tak setuju PAS bergabung/ masuk BN, TGuru Presiden juga TAK SETUJU PAS masuk BN.Sekian.

Terima kasih.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Posted by nuun at 3:08 PM


Kenyataan Ketua DPPK Serdang Berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Kenyataan Ketua DPPK Serdang Berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Asm,
Saya tak berhasrat sangat untuk response tulisan tuan , kerana saya maklum pandangan politik serta maksud tulisan- tulisan tuan sebelum wujudnya media blog ni. Malah saya mengenali tuan semenjak mengambil barang kohilal di jalan Pahang untuk dijadikan sumber ekonomi jamaah pada zaman kampus lagi . tapi itu bukan persolan utama yang hendak di fokuskan di sini.

Namun , bila mana ia menyentuh perkara yang melibatkan tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Terpaksalah bersengkang mata walaupun baru balik dr Kelantan krn urusan muktamar, jelas dari sana pun sudah mendapat persepsi yang berbeza dengan apa yang berlaku hasil tulisan tuan.

“Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Dari frasa dan keseluruhan tulisan tuan , Jelas sekali tulisan tuan tidak mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam AGM tersebut. Cukup saya nyatakan disini secara ringkas , dari proses penerimaan usul, terdapat 2 cawangan , mengemukakan usul ini , atas cadangan JK usul , usul ini di terima dan di bahas.

Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa.

Semasa usul di bentang , Pengerusi Tetap telah membuat sedikit ulasan , dengan hasrat apa yang dinyatakan Setpol dan dan kerelevenan usul tersebut dengan keputusan usul sebelum itu , iaitu mendesak kerajaan menarik balik keputusan mengantung harakah’ . Disebabkan usul tersebut tidak dibahas dengan perubahan kpd status terhadap harakah, Pengerusi Tetap bertanyakan pandangan perwakilan terhadap Usul Kerajaan Perpaduan , di samping wakil cawangan yang menyokong usul tersebut menjelaskan pendiriannya semula selepas mendapat pandangan setpol presiden , maka usul tersebut tidak diterima untuk dibahas. bukannya , tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Saya berharap pihak tuan agar lebih berhati hati membuat tulisan , walaupun tuan menyatakan Tidak ada ulasan tetapi bilamana ianya berkaitan Idea dari Presiden dan di rasmikan Setpol presiden ianya ditolak , sebagai orang politik sudah dapat membaca maksud yang tersirat.
Apatah lagi di musim pemilihan ni dan suasana jamaah yang masih belum kebah’ sepenuhnya dengan beberapa pertembungan idea pimpinan sebelum ini.

Tanpa menafikan tulisan di alam maya ini banyak membantu sebagai media baru kita , tetapi tidak kurang juga tulisan di alam maya ni banyak meruncingkan lagi perbezaan pandangan yang akhirnya menimbulkan sentiment sesama ahli yang tidak mendapat maklumat sebenar dan TIDAK BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT.

Akhirnya jamaah juga yang rugi , yang seronok blogger melihat rating blognya mencanak naik dan ulasan bertalu- talu. Musuh sebenar tumpang senyum.

Saya harap pihak tuan dapat menyatakan sumber laporan tuan , agar lain kali tidak berlaku lagi itupun jika tuan rasa bertanggungjawab

Mohd Adram Musa
Ketua Dewan pemuda Pas serdang sesi 2009-2011
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
0133845555

Tuesday, April 7, 2009

Ulasan Harakahdaily berkenaan PRK 2 bukit

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Apr 08, 09 12:16:02 am MYT
(Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.


Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.

Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.

Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

PAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditamnbah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.

Namun menarik untuk diperkatakan tentang satu teori yang dikemukakan oleh pensyarah UKM, Dr Kamaruzzaman Yusof dalam rancangan Analisis Awani sebentar tadi mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen bagi pihak Umno/BN.

Mudah sahaja, kata Kamaruzzaman kehadiran Tun Mahathirdi Bukit Gantang membawa impak negatif kepada Umno/BN yang pada awalnya memperlihatkan peluang cerah untuk menang.
Situasi sangat berbeza pada pilihan raya umum Mac lalu apabila kehadiran kritikan dari Tun Mahathir amat memberi kesan kepada pola pengundian.

Namun di Bukit Gantang, kehadiran semula Tun Mahathir nyata tidak membantu Umno/Bn meraih sokongan mengembalikan status Bukit Gantang sebagai kubu kuat BN satu masa lalu.
Tun Mahathir sangat diketahui perihal politiknya mutakhir ini masuk semula ke dalam Umno apabila Najib menjadi Presiden dan Abdullah Ahmad Badawiu berundur dari PM.

Mahathir adalan antara individu paling lantang mengecam kepimpinan Abdullah dengan pelbagai istilah diberikan kepada bekas PM itu antaranya 'penidur'; 'kerajaan tiga beranak'; dan kerajaan yang ada 'penasihat tingkat empat'.

Usaha menjatuhkan Abdullah antaranya didukung kuat Mahathir yang hari ini nyata menampakkan sokongan padu kepada Najib sebaik sahaja anak didiknya itu jadi Presiden Umno dan PM.

Licik sungguh permainan Mahathir dan Najib, hingga Abdullah yang mempunyai penasihat bijak di 'tingkat empat' Putrajaya pun tidak terhidu akan sudahnya begini.

Abdullah jatuh dalam keadaan yang paling menyedihkan, diherdik kawan (Umno) dan dicaci lawan selain pada zamannya juga berlaku krisis ekonomi yang amat dahsyat.

Najib mengambil alih dengan 'senyuman' sinis yang pastinya ada 'udang sebalik batu' dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan terbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.

Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.

Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan �One Malaysia�nya.

Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.

Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak. Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.

Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.

Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.

Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.

Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.

Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.

Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.
Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran yang dibuat Mahfuz agar adakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.

Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya. _

Saturday, March 7, 2009

dari masjid negara ke istana negara

permulaan yang baik dan penuh semangat
selepas ucapan, maka perarakan bermula
selepas puas berasak-asak dengan polis, akhir
semua lepas juga keluar dari masjid negara
dan mula memenuhi jalan
lautan manusia yang penuh bersemangat
tunggul dan pak pacak yang sedia menunggu


Tuan Guru yang bersusah payah bersama sekalian rakyat
pembaziran dan kerja sia-sia Polis..


sebelum sempat tiba perarakan dari masjid negara,
ada pulapendekar solo depan istana negara
kan dah kena .. itu yang dikatakan kebaikan tak dirancang
akan ditumpaskan kebatilan yang dirancang ..


provokasi awal polis menembak pemedih mata dari jarak jauh

tidak cukup dengan itu, polis pacak diundurkan..
pasukan bantuan ketiga masuk ke gelanggang..

sebelum itu telah sedia di depan pasukan utama menembak
pemedih mata, sepasukan 30-40 polis berpakaian preman,
disamping platun polis pacak bersenjatakan
pistol air dalam seluar masing-masing

ini pasukan keempat yang datang dari arah jalan kg attap.
maka terjadilah apa yang terjadi selepas itu...

nampaknya banyak yang boleh unit amal ambil iktibar dari
bentuk gerakan FRU/Polis ini.. kalau ikut apa yang terjadi,
laluan dari arah tupai-tupai boleh dimanfaatkan sebagai laluan
alternatif pada masa depan untuk perarakan ke Istana Negara..

Friday, February 27, 2009

Karnival untukmu Palestin

program ini dianjurkan pihak jawatankuasa penduduk
dan surau bangi 3 demi membantu perjuangan palestin

keuntungan karnival akan disumbangkan sepenuhnya
kepada tabung perjuangan palestin

antara sunnah Rasul SAW; belajar menunggang kuda
disamping riadah, dapat juga menghidupkan
amalan sunnah disamping pendapatan bagi yang berkenaan

turut diadakan, khidmat pemeriksaan kesihatan...

suasana persekitaran

marilah bersama-sama kita meriahkan
karnival yang diadakan

Saturday, February 14, 2009

Maklumbalas Dato' Seri Ir Mohammad Nizar

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih,oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi
tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan" pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Monday, February 9, 2009

Fakta Parlimen Bukit Gantang 2008

Jumlah Pengundi: 55,471

Peratusan Kaum: Melayu: 63.48% Cina: 26.77% India: 9.71% Lain: 0.04%

1. Allahyarham Hj Roslan Shaharum (PAS) (20,015)

2. M. Murganan (Bebas) (872)

3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)

Majoriti: 1,566

Jumlah undi: 40,187

Peratus mengundi: 72.45%

Undi rosak: 851

Penyandang 2004 : Datuk Tan Lian Hoe (BN) Majoriti: : 6,702 undi

Di dalamnya ada 3 DUN

a. N13 - Kuala Sepetang : Tai Sing Ng - PKR
Jumlah Pengundi: 19,699

Peratusan Kaum: Melayu: 59.96% C: 31.67% I: 8.34% L: 0.03%

1. Tai Sing Ng (PKR) (7,285)

2. See Tean Seng (BN) (6,721)

Majoriti: 564

Jumlah undi: 14,466

Peratus mengundi: 73.44%

Undi rosak: 460

Penyandang 2004 : See Tean Seng (BN) Majoriti: 2,686 undi


b. N14 - Changkat Jering : Mohd Osman Mohd Jailiu - UMNO Lompat
Jumlah Pengundi: 24,864

Peratusan Kaum: Melayu: 63.55% Cina: 25.80% India: 10.58% Lain: 0.06%

1. Mohd. Osman Mohd. Jailu (UMNO Lompat) (9,411)

2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)

Majoriti: 1,102Jumlah undi: 18,054

Peratus mengundi: 72.61%

Undi rosak: 334

Penyandang 2004 : Datuk Mat Isa Ismail (BN) Majoriti: 4,764 undi)


c. N15 - Trong : Dato' Rosli Husin - UMNO
Jumlah Pengundi: 10,908

Peratusan Kaum: Melayu: 69.66% Cina: 20.10% India: 10.21% Lain: 0.03%

1. Datuk Rosli Husin (BN) (4,212)

2. Nor Azli Musa (Pas) (3,296)

Majoriti: 916

Jumlah undi: 7,681

Peratus mengundi: 70.42%

Undi rosak: 173

Penyandang: Rosli Hussin (BN) - Majoriti: 3,020 undi

Sunday, February 8, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang(PAS) meninggal dunia.

09 Februari 2009
Ahli Parlimen Bukit Gantang(PAS) meninggal dunia.
blog cina islam


IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

Perak 2009



Tahniah
!!!
YAB MB Perak
Datuk Seri Nizar tetap berjuang
demi hak rakyat Perak.


Friday, February 6, 2009

hantu raya atau jin tanah

itulah hakikat kerajaan haram bn di perak hari ini.

TGNA memberi taraf kerajaan haram, tapi sebenar itu adalah
kerajaan hantu raya @ jin tanah.

3 ekor hantu raya @ jin tanah tu la yang berkuasa hari ni.

sapa yg boleh bagi telor dan ayam golek secukupnya, maka
pada orang itu dia bertuan.

kalau tak dapat, tuan dia pun dia makan..

nasib la orang perak bila Sultan sendiri kena pukau dek 3 ekor
hantu raya @ jin tanah tu..

seeloknya Pakatan Rakyat cari jalan mcm mana nak hapuskan
puaka dan pukau 3 hantu raya@ jin tanah ni...

Tuesday, February 3, 2009

Jamuan untuk Rakyat

Majlis Jamuan Kesyukuran PRK P036
Jentera pilihanraya Pas Selangor & Wilayah Persekutuan
Akan Diadakan Pada 15 Februari 2009, (Ahad)
Di Komplek Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi Selangor
Dengan kerjasama PERANTAU

Agenda Majlis

12.00 pm : Ketibaan tetamu
12.15 : Ketibaan VIP & MP KTRG
12.30 : Ketibaan Presiden PAS
02.30pm : Penuntup

Majlis Jamuan kesyukuran bermula jam 12.00 pm hingga 2.30 pm
Akan ditayangkan video kemenangan
Semua petugas dan jemputan di jemput Hadir



CERAMAH PERDANA
sempena Majlis Jamuan Kesyukuran PRK P036

15 Februari 2009, Ahad
Di Kompleks Sukan Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi Selangor

Masa : 9.00 pm

Penceramah:

YB Mohd Abdul Wahid Endut B
YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy
YB Dato Dr Hassan Ali

Semua di jemput Hadir

Thursday, January 29, 2009

umno yang mabuk & gila meroyan

Jais nafi buat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang

Thu Jan 29, 09 6:18:43 pm MYT

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali.

Pihak Jais ingin memaklumkan bahawa tiada operasi dan tindakan tangkapan seperti yang dinyata dan disebarkan pada tempat dan masa tersebut.

Pihak Jais ingin menasihatkan agar hebahan-hebahan yang berunsur sebegini tidak berulang bahkan tidak berlaku lagi demi menjaga maruah individu tertentu terutama dalam perkara yang tidak dilakukan ini.

Mohd Hidayat bin Abd.Rani
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Agama Islam Selangor

Friday, January 23, 2009

hal MB Selangor

PKNS taja lembu korban Bandar Tun Razak

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menjelaskan bahawa ia telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Disember lepas.

Menurut perbadanan itu, dalam menguruskan penajaan lembu untuk ibadat korban di Selangor, beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutunya telah bersetuju menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak sebagai menjalankan tanggungjawab sosial.

Keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak telah dibuat selepas satu perbincangan diadakan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa anak syarikat serta syarikat bersekutu, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bayaran untuk 46 ekor lembu itu telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC) Berhad, yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam lagi anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program itu, katanya.

Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang derma lembu korban itu setelah semua perancangan selesai diatur, kata perbadanan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Abdul Khalid bukan pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media, sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku pengurus besar PKNS, adalah pengerusinya.

Pada Rabu lepas, Abdul Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai lebih RM110,000 pada Hari Raya Aidiladha lepas. BERNAMA

Thursday, January 8, 2009

Wednesday, January 7, 2009

ayam haram

faktor pemakanan menjadi elemen penting pertumbuhan fizikal dan spiritual kita. lambakan makanan haram yang cukup banyak (unsur babi, tidak sembelih, etc.) mungkin menjadi penyumbang utama keruntuhan moral dan akhlak generasi terkini, selain makanan haram hasil rasuah dan penyelewengan.