Monday, August 10, 2009

Pengajaran buat DAP

Isu yang bermain di media massa ketika ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh DAP. Belajar memahami dan menghormati hak dan sensitiviti Umat Islam.

Selama ini, umat Islam tidak pernah mencampuri dan mengganggu hak dan sensitiviti non-muslim, maka jangan diganggu orang lain.

Selama ini, DAP terlalu banyak menyibuk hal Islam, bermula soal murtad, soal pasangan non-muslim yang masuk Islam, bahkan ke soal poligami pun turut menyibuk. Yang terbaru, sibuk komen soal anak haram.

Mana-mana orang dan agama juga akan melabel anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak haram. Anak haram tetap anak haram. Soal penerimaan masyarakat itu hal lain. Mungkin bagi masyarakat bukan Islam tidak jadi isu. Namun prinsipnya tetap anak haram. Tak perlu lagi dipersoalkan. Tak kan nak kata halal ?

Namun, dalam soal arak, babi dan anjing, itu adalah sempadan akhir sensitiviti umat Islam. Walaupun jenis sanggup simpan songkok untuk tikam nombor ekor, melayu yang jahil pun akan bangkit menentang apabila menyentuh isu arak, babi dan anjing.

Adalah sangat baik jika DAP lebih menyibukkan diri membenteras kehadiran GRO dan Pelacur China, kes-kes along, dan kilang-kilang haram di sekitar kampung baru.

DAP ada banyak sangat kerja yang belum dibuat, jadi fokuslah kepada kerja-kerja yang lebih penting untuk dibuat. Kepada DAP, utamakan kerja, bukan hanya berkata-kata.

Penglipurlara Hikayat Melayu

PAS Bangi3 Menyokong kenyataan supaya dihentikan cerita
dari penglipurlara Hikayat Melayu :


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.
"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.

Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.