Wednesday, January 19, 2011

kunjungan ke rumah sahabat




kunjungan ke rumah Tn Hj Amir yang baru pulang dari hospital serdang. sekalian sahabat seperjuangan amat bersimpati dengan dugaan yang dihadapi. walau hanya sedikit, sumbangan diberi untuk menampung kos dan perbelanjaan harian dan rawatan.

sesi penerangan MES



majlis penerangan program Merakyat Ekonomi Selangor.
isu utama yang perlu difahami semua rakyat selangor adalah Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Khairat Warga Emas dan Tabung Mikro Kredit.
Usaha bersama perlu digembeleng agar taraf ekonomi dan kualiti hidup rakyat selangor bertambah baik.

Tuesday, December 7, 2010

sekitar sambutan maal hijrah peringkat DUN Bangi

sambutan diadakan di Sg Ramal Luar


rakan blogger bersarapan bersama para tetamu sebelum majlis bermula



sekalian dif kehormat dan tetamu yang hadir



khusyuk mendengar bacaan AlQuran



Masjid Baru di Sg Ramal Luar

Sunday, October 3, 2010

Majlis Idulfitri di Kompleks Sukan Seksyen 15



Pas Bangi 3 menguruskan gerai laksa



penyambut tetamu yang sentiasa ceria

Monday, July 26, 2010

Majlis Hi Tea

Ucapan YB Dr Shafie Abu Bakar

Diskusi oleh YB Dato Mahfuz Omar




Celoteh Ust Azman Shapawi



Aluan Pengarah Program


Kehadiran pembeli kupon
Majlis Hi Tea ini dianjurkan bersama PAS Cawangan Seksyen 3 dan Seksyen 3 Tambahan pada 25 Julai 2010 untuk mengumpul dana bagi projek pembelian/pembinaan Pejabat PAS Kawasan Serdang. Kupon RM20 dijual sebagai sedikit sumbangan bersama pembeli kupon menyokong usaha PAS Kawasan.
Semoga projek ini berjalan lancar dan mendapat rahmat dari ILahi.

Tuesday, May 25, 2010

Dewan Himpunan Penyokong PAS

Kelulusan dan kehadiran DHPP dalam muktamar kali ini sudah tentu suatu kelainan. Kerana Kontinjen PAS kini bertambah satu pasukan.

Apa yang Pasti, usaha ini menunjukkan penerimaan langsung masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Cuma agak pelik bila ada satu dua juak kecil dari BN mempertikai bila DHPP tiada hak memilih dan dipilih dalam muktamar.

Bukankah ini suatu evolusi. Dari tiada, jadi ada. Sebelum ni tiada yang mahu bersama Pas. kemudian ditubuhkan kelab penyokong..just fan club..kemudian dipersetujui sebagai Dewan.

Semua pihak kena ingat. Hadir bersama HAK itu adalah TUGAS dan TANGGUNGJAWAB.

Untuk permulaan, biarlah mereka kenal dulu ahli PAS..yang dalam PAS pun nak kenal juga ahli DHPP. Bila dah saling kenal, boleh saling buat kerja amal untuk masyarakat. seterusnya usaha mencegah kemungkaran.

Apabila semua dah jelas dan sanggup, barulah sebut soal HAK DAN TANGGUNGJAWAB.

Kesimpulannya, kita kena berperingkat dalam berdakwah..


p/s- kena tanam dalam diri..buat kerja pejabat ke, kerja jual beli ke, bahkan kerja politik..mcm mana nak dakwah kepada golongan bukan Islam..

Thursday, April 29, 2010

Halal Haram ...HALAM

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.