Monday, March 10, 2008

Sabotaj UMNO-BN

Isnin 10 Mac 2008 2 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah

Hati-hati dengan unsur sabotaj di Selangor - Dr Siti Mariah
Roy Rasul Mon Mar 10, 08 4:59:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood berkata sejak semalam dan hari ini, beliau banyak menerima maklumat dari orang yang mendakwa sebagai pekerja Majlis Kerajaan Tempatan (MKT) Selangor bahawa ada orang-orang tertentu cuba mengeluarkan fail-fail dan dokumen di tempat tersebut.

Sehubungan itu beliau menasihatikan, sesiapa saja yang mengetahui berlakunya kes 'kecurian' harta-harta kerajaan tempatan perlu berani membuat laporan polis. Ini tegasnya kerajaan baru Selangor belum lagi dibentuk dan tiada juga sebarang arahan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Begitu juga katanya, dengan laporan-laporan mengenai Tadika Kemas bahawa pihak-pihak tertentu mengeluarkan komputer dan sebagainya atas alasan PAS akan menutup Tadika tersebut. Tegasnya, itu semua adalah pembohongan kerana kerajaan baru negeri Selangor belum ditubuh lagi.

"Kesemua laporan tersebut adalah pembohongan kerana Barisan Alternatif (BA) belum membuat apa-apa arahan dan kami bimbang orang lain akan ambil kesempatan di atas harta dan dokumen kerajaan," katanya.

Katanya, sepatutnya pegawai-pegawai kerajaan tempatan meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa. Menurutnya, tidak betul kerajaan baru Selangor akan menyita barangan mereka.
Malah katanya, mereka tidak akan menutup Tadika Kemas dan para gurunya hendaklah terus mendidik anak-anak yang belajar di situ. - mr

No comments: