Tuesday, December 7, 2010
Sunday, October 3, 2010
Monday, July 26, 2010
Majlis Hi Tea
Tuesday, May 25, 2010
Dewan Himpunan Penyokong PAS
Apa yang Pasti, usaha ini menunjukkan penerimaan langsung masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
Cuma agak pelik bila ada satu dua juak kecil dari BN mempertikai bila DHPP tiada hak memilih dan dipilih dalam muktamar.
Bukankah ini suatu evolusi. Dari tiada, jadi ada. Sebelum ni tiada yang mahu bersama Pas. kemudian ditubuhkan kelab penyokong..just fan club..kemudian dipersetujui sebagai Dewan.
Semua pihak kena ingat. Hadir bersama HAK itu adalah TUGAS dan TANGGUNGJAWAB.
Untuk permulaan, biarlah mereka kenal dulu ahli PAS..yang dalam PAS pun nak kenal juga ahli DHPP. Bila dah saling kenal, boleh saling buat kerja amal untuk masyarakat. seterusnya usaha mencegah kemungkaran.
Apabila semua dah jelas dan sanggup, barulah sebut soal HAK DAN TANGGUNGJAWAB.
Kesimpulannya, kita kena berperingkat dalam berdakwah..
p/s- kena tanam dalam diri..buat kerja pejabat ke, kerja jual beli ke, bahkan kerja politik..mcm mana nak dakwah kepada golongan bukan Islam..
Thursday, April 29, 2010
Halal Haram ...HALAM
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad. Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. |
Wednesday, April 14, 2010
Wednesday, March 31, 2010
Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ketiga
Perasmian mesyuarat disempurnakan oleh Ust Shafie Ngah, NYDP PAS Kawasan Serdang.
Antara intipati ucapan perasmian adalah sokongan dan komitmen yang perlu dibuat oleh semua cawangan, termasuk menyebarkan maklumat program kerajaan negeri. Walaupun kajian di Kawasan Serdang belum dibuat, namun kajian di Kawasan Gombak menunjukkan sekitar 10% penduduk yang tahu program kerajaan negeri Selangor.Contohnya, Program Merakyat Ekonomi Selangor, Dana Pinjaman Mikro RM50juta, Program Anak Selangor dan Program Takaful.
Tahun ini tiada pemilihan AJK. Hanya perbahasan laporan aktiviti sepanjang 2009. Sepanjang 2009, Cawangan Seksyen 3 Tambahan lebih banyak menyertai aktiviti anjuran Cawangan BBB3, seperti usrah gabungan atau majlis ilmu yang diadakan.
Oleh itu, diharap pada tahun 2010 Cawangan Seksyen 3 Tambahan pula dapat menjadi penganjur aktiviti. Cawangan ini juga diharap lebih proaktif membantu usaha dakwah dan kerja amal, terutama sekitar Seksyen 3 ini sendiri.
Ketua Pemuda, En Wan Zailan membentangkan mengenai perjalanan Pasti As Shafie, sebagai satu-satunya aktiviti signifikan cawangan pada tahun 2009. Walaupun sambutan pada peringkat awal agak perlahan, namun pengurusan dan pembelajaran di Pasti As Shafie kian baik dan graduasi pertama seramai 13 orang telah dibuat pada 15 November 2009 di Dewan Seminar, Masjid As Solihin teras Jernang. Beliau mengharapkan sokongan berterusan semua ahli, terutama untuk menghantar anak-anak peringkat pra sekolah ke PASTI.
Seterusnya mesyuarat bersetuju melantik 5 Ajk utama cawangan sebagai perwakilan dan untuk membincangkan dan menghantar usul ke Mesyuarat Agung Kawasan pada 18 April 2010 nanti. Ahli lain digalakkan hadir sebagai pemerhati.
Mesyuarat yang bermula pada 9.30 malam ini ditangguhkan sekitar 11.30 malam. Walaupun berlangsung dengan mudah dan ringkas, diharap usaha ini menjadi titik tolak untuk pencapaian lebih baik pada 2010. Semoga kerja amal dan berjamaah cawangan ini diberkati ILahi..








Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.