Tuesday, May 27, 2008

ceramah umum


poster dari blog adun bangi

Sunday, May 25, 2008

setelah terhantuk ...

PETIKAN DARI UTUSAN 26 MEI 2008.
KOMEN:
begitulah halnya jika yang di atas lebih mementingkan diri berbanding negara. Namun yang di bawah juga bersalah kerana memangkah yang sedemikian. sebelum ini kan kita biasa dengar kalau tunggul pakai songkok pun boleh menang kan.. jadi itulah akibatnya jika tunggul masuk DUN dan Parlimen..


Bangunkan P. Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia

Oleh MUHAMMAD ZIKRI zainolPONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat pedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan kepada pemilikan rumah api.

“Bagi mengelakkan perkara seperti itu tidak berulang lagi, Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa ada satu program pembangunan yang menguntungkan Malaysia dan negeri Johor,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga telah melawat Pulau Pisang baru-baru ini dan sebelum itu, Pegawai Daerah Pontian, Mislan Karmani pernah melawat pulau tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Katanya, segala aspek pembangunan yang dicadang akan dikaji supaya mesra alam dan kepada nelayan yang berteduh daripada cuaca buruk dan sebagainya.

Jelas beliau, Pulau Pisang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi Pontian dengan adanya aktiviti serta kegiatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Tetapi yang penting ialah soal pemilikannya kepada Malaysia dan negeri Johor, walaupun rumah api itu diuruskan oleh Singapura disebabkan faktor sejarah lampau,” jelas Ahmad.

Friday, May 23, 2008

batu putih tinggal kenangan

bukti ..dulu kata tak mau ..

peta ..jauhnya singapura dari batu putih ..
tapi dah tak mau .. nak buat mcm mana..

Pulau Batu Putih milik Singapura
Friday, May 23 @ 18:02:34

THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan

Monday, May 19, 2008

lagi berkenaan Sukan PASTI 2008




ini gambar-gambar menarik dipetik dari blog adun bangi

Husam minta jentera PAS sedia hadapi pilihan raya umum

Harakahdaily
Tue | May 20, 08 | 9:22:05 am MYT


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.

Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.

"Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.

"Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan," ujarnya.

Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa. - mr

surau al kauthar, Sek 4, BBBangi


Jemaah yang agak ramai dan meriah juga.. tapi jika dikira, hanya penuh 3 saf dari 18 saf yang ada (dalam)..itu tidak termasuk lagi saf luar dewan solat utama..

namun lebih malang, terdapat banyak juga surau yang payah mengekalkan kehadiran jemaah .. apa silapnya kita?

coretan SUKAN PASTI 2008 Kawasan Serdang

YB Dr Shafie antara yang awal tiba

antara hadiah yang disediakan

majlis perasmian oleh YB



suasana di awal program

bersama pengacara bertugas , Ust Solah (timbalan Pengerusi PASTI Kawasan)

Blogger pasbangi.blogspot.com sedang menemubual
Pengerusi PASTI Kawasan Serdang, Tn Hj Shahronizam Noordin



Sukan Bola sepak dan Bola jaring diadakan di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada 19 mei 2008 ini disertai oleh 14 buah PASTI dari Kawasan Serdang. Acara Bola sepak dan Bola jaring ini dijuarai oleh PASTI Al Ehsan dari Taman Impian Ehsan, Balakong.

Tahniah diucapkan kepada semua PASTI yang menyertai dan syabas diucapkan kepada pihak jawatankuasa yang mengendalikan. Sudah tentu ada silap dan salahnya dalam anjuran acara ini, namun diharap semuanya dapat diambil iktibar dan pengajaran, tambahan pula acara peringkat negeri akan dianjurkan pada 15 Jun 2008 depan.

dari bernama 19 Mei 2008

Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia"
Oleh Bernama
Isnin, 19 Mei 2008


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Pemimpin parti pembangkang tidak menjangka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan keluar Umno berkuatkuasa hari ini tetapi menyambut baik keputusan itu.

Ada di antara mereka yang berpendapat tindakan itu akan membawa satu senario baru dalam politik Umno selain memberi faedah kepada parti pembangkang.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menghormati Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin yang terkenal di seluruh dunia dengan mempunyai pemikiran yang tajam dalam membawa kemajuan negara.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengenang jasa Dr Mahathir berhubung isu Palestin dengan menuduh rejim Zionis sebagai punca dunia Arab berpecah belah.

PAS sentiasa memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menyertai parti itu kerana ketokohannya dan kebijaksanaannya akan memberi kelebihan pada PAS, katanya ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar Umno berkuatkuasa serta merta.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno akan menjadi gempa bumi politik amat besar yang melanda parti itu selepas tsunami politik pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata persaingan dalaman ini adalah sebahagian daripada pergelutan kuasa yang hebat oleh pihak berkepentingan dalam lingkungan Umno.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim beliau tidak menjangka Dr Mahathir akan memgambil tindakan sedemikian.

"Kami menjangkakan bahawa Dr Mahathir akan mempengaruhi anggota Umno untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri tetapi kami tak sangka pula yang dia akan bertindak keluar daripada parti. Kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini," katanya.

Ditanya adakah PKR akan mempelawa Dr Mahathir menyertai parti itu, beliau berkata: "Perjuangan dan ideologi Dr Mahathir tidak sama dengan PKR. Rasanya susahlah dia nak terima PKR, tapi tak tahulah."

Tuesday, May 13, 2008

Mainan siapa ?

pasbangi3 berasa terpanggil untuk mengulas isu kenaikan harga barangan asas dalam negara yang tidak sudah-sudah. Bermula dengan isu harga gula, diikuti minyak masak, tepung dan yang terkini beras. Manakala yang masih menjadi teka-teki adalah harga minyak petroleum.

Semuanya ini seolah-olah terancang dan ada pihak yang sudah pasti menjadi dalangnya. pasbangi3 percaya perkara ini ada kaitannya dengan rangkaian pihak pemborong dan pengedar. Keadaan ini juga seperti mereka 'test power' dengan pihak berkuasa.

Umum mengetahui negara mendapat bekalan bahan mentah untuk penapisan gula bagi suatu tempoh tertentu, sama juga umum mengetahui bekalan minyak sawit juga diperolehi dalam negara dan juga bagi isu beras, 70% bekalan padi juga dari dalam negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa bahan mentah bukan menjadi isu utama.

Isu utama adalah pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Pertukaran menteri yang menguruskan hal yang berkaitan juga tidak membawa apa-apa erti. Menteri yang sebelum ini kelihatan gagah juga nampaknya gagal.

Apa yang kini meragukan adalah adakah perkara ini benar-benar disebabkan golongan saudagar dan taikun dalam negara, atau turut melibatkan 'tangan ghaib' penguasa-penguasa yang berselindung dengan pelbagai topeng dan slogan?

Monday, May 5, 2008

terkini di harakahdaily 5 Mei 2008



Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Mon | May 05, 08 | 12:21:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng HO milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.

Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif.

Pendapat


Kemaskini Kerajaan Pakatan Rakyat

Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakukan yang terbaik dalam pentadbiran setakat hari ini. Namun jelas dilihat pengaruh dan penguasaan BN-UMNO masih kuat dalam sistem kerajaan negeri yang ada.

Kita perlu sedar tempoh lebih 50 tahun adalah cukup lama bagi rakyat dan segenap jentera kerajaan negeri. Mereka telah sebati dengan sistem , prosedur dan proses yang diacukan oleh BN-UMNO. Bahkan pihak Istana juga sudah terlalu biasa dengan 'budaya dan adat' yang dibentuk oleh umno-bn sejak sekian lama.

Namun Kerajaan Pakatan Rakyat perlu cepat dan bijak menanamkan sikap rasional dan logik dalam pemikiran setiap orang, samada masyarakat atau agensi kerajaan negeri. Ini kerana kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat juga atas dasar pemikiran rasional dan logik yang disebarkan menjelang pilihanraya.

Memang terdapat pelbagai proses dan prosedur , bahkan 'adat dan adab' yang sebati sukar diubah. Tetapi usaha ini tidak perlu tergesa-gesa kerana adalah tidak baik melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Adalah lebih baik mencari lompong atau kelemahan sesuatu proses dan prosedur terlebih dahulu, kemudian dari situ perbaiki dan ubah secara beransur-ansur.

Umpama benteng atau empangan yang kukuh. PASti ada juga lompong atau kelemahan di mana-mana.. buat permulaan tumpukan kepada kelemahan tersebut, lama-kelamaan benteng mitos dan tahyul pemikiran ini akan roboh juga ibarat air yang deras merobohkan empangan. Tanpa bersusah payah, air dan arus yang deras itu sendiri meruntuhkannya.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengemaskini semula laporan dan maklumbalas masyarakat . Susun semula strategi dan tindakan akan lebih berkesan. Seterusnya dipanjangkan ke lapisan jentera di peringkat bawahan dan parti, perlu disesuaikan dan diselaraskan dengan halatuju kerajaan negeri.

Begitu juga antara parti PAS-DAP-PKR, perlu juga diselaraskan perkara melibatkan aktiviti atau program bersama. Apa yang penting, pertemuan dan perbincangan mengenai hal teknikal dan kebajikan perlu dirancakkan. Dan jangan sekali-kali menyibukkan diri berkaitan hal dasar dan ideologi. Ingatlah, Majoriti Rakyat memberi undi kerana hal berkaitan teknikal dan kebajikan , bukan berkaitan dasar dan ideologi.

Thursday, May 1, 2008

TUGAS YB MULAI MEI 2008


Semasa Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kali Pertama Cawangan Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, YB Dr SHafie ada maklumkan beberapa perkara penting.

Antaranya adalah beliau kini akan memikul tugas sebagai Timbalan Exco berkaitan Agama dan Adat, iaitu untuk membantu Dato Dr Hassan ALI dan akan bertugas selang sehari di MAIS/JAIS. Selain itu juga akan diberi tempat di Pejabat Daerah Hulu Langat dan MPKj mulai Mei 2008.

Oleh itu, semua pihak terutama jawatankuasa penduduk dan apa juga jawatankuasa yang dilantik perlu membuat kerja dan boleh berhubung dengan YB bagi isu dan perkara berkaitan MAIS/JAIS, Pejabat Daerah dan MPKj.

Manfaatkanlah ruang dan kesempatan yang ada demi kebajikan dan kebaikan semua.

Janganlah nanti PAS pula yang dipersalahkan akibat kelekaaan dan kecuaian jentera bawahan di cawangan dan UPU.

Kemenangan bukan masa untuk lalai, tetapi masa untuk melipatgandakan usaha dan kerja, demi mendapat berkat dan rahmat dari ALLAH SWT.. Sesungguhnya ibadah, hidup dan mati kita adalah kerana ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM...

MESYUARAT AGUNG PERTAMA PAS CAWANGAN SEKSYEN 3 TAMBAHAN, BANDAR BARU BANGI




KEHADIRAN AHLI-AHLI DAN ALUAN OLEH PENGERUSI



PERASMIAN OLEH YB DR SHAFIE ABU BAKAR



SESI MESYUARAT AGUNG


UCAPAN SULUNG KETUA PAS CAWANGAN SEKSYEN 3 TAMBAHAN


UCAPAN NAIB KETUA PAS CAWANGAN



SEMOGA USAHA YANG DIJALANKAN MENDAPAT RAHMAT DAN BERKAT DARI ALLAH S.W.T.

AMIIN ...