Thursday, April 23, 2009

titik akhir umeno bersama Islam

semalam adalah titik akhir umeno bersama Islam.
Mulai semalam, Umeno sudah tidak ada lagi sebarang
niat untuk bersama Islam.

Kalau tak keluar Islam pun, umno sudah menjadi
Pejuang kebebasan Liberal dan anti Islam.

berikut ulasan dan kenyataan akhbar MP Zulkifli Noordin
yang boleh sama-sama kita fikirkan. Setidak-tidaknya dari
aspek perundangan semasa negara.

KENYATAAN AKHBAR
23 April 2009
Oleh FND pada 6:33 PM 0 komentar
Label:

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kepada kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz berkatan isu perceraian dan hak penjagaan kanak-kanak yang melibatkan seseorang yang "convert" atau memeluk agama Islam.
Sekali lagi isu berkaitan status agama seorang kanak-kanak apabila salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan hak seseorang "mua'alaf' dalam hal perceraian dibangkitkan dan diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ini merujuk kepada kes terbaru melibatkan seorang bernama Pathmanaban atau kini dikenali sebagai Mohd. Ridhuan Abdullah, dimana beliau yang asalnya beragama Hindu telah memeluk agama Islam. Beliau juga dikatakan telah menukar agama anaknya yang lahir daripada keluarga Hindu kepada Islam. Isteri beliau dikatakan tidak mengetahui akan perkara ini.Kini timbul isu yang diperbesar-besarkan tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.

Sebenarnya isu ini telah pun dijawab dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Subashini dimana Mahkamah menyatakan bahawa isu ini tertakluk kepada Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.Artikel 12 (4) memperuntukkan bahawa "ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya"..
Mahkamah Persekutuan menafsirkan bahawa hak menentukan agama seseorang kanak-kanak bergantung kepada mana-mana salah seorang daripada mereka iaitu ibu, bapa atau penjaga. Bermakna salah seorang daripada mereka berhak untuk menentukan agama yang boleh di anuti oleh anak-anak mereka.

Oleh itu tidak timbul isu dalam kes Pethmanaban @ Mohd. Ridhuan yang menentukan agama anak beliau sebagai Islam sesuai dengan agama yang beliau anuti sekarang.Malahan dari segi hukum syara', ada pendapat yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak dibawah umur akil baligh dianggap Islam sebagai agama fitrah. Samada mereka disyahadahkan secara formal atau tidak itu tidak menjadi isu. Sebab itu kalau mana-mana kanak-kanak dijumpai tanpa dapat dikesan ibubapanya, atau ditemui mati tanpa diketahui agamanya, maka kanak-kanak itu adalah di anggap Islam dan akan diuruskan sebagai seorang Muslim.

Ini sekaligus menyanggah tanggapan mereka yang menyatakan dalam kes seseorang itu masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga, maka ini akan menganiaya anak-anaknya kerana mereka tidak mendapat pusaka. Inilah antara isu yang ditimbulkan didalam kes Allahyarham Mohd. Moorthy Abdullah. Sebaliknya jika seseorang itu masuk Islam dan meninggal, walaupun anak-anak beliau tidak di syahadahkan secara formal (apatah lagi kalau masih bayi dll), maka anak-anak itu di anggap berhak mewarisi pusaka beliau menurut hukum pusaka dan pembahagian faraid didalam Islam.

Ada pihak menyatakan bahawa ini tidak adil kerana menyebabkan ibu itu hilang hak jagaan terhadap anak-anak mereka.Isu ini juga tidak timbul kerana hak menukar agama dan hak jagaan adalah dua isu yang berbeza. Ini telah dijawab juga oleh Mahkamah dalam kes S. Shamala dimana bapa yang telah memeluk agama Islam dan menukar agama anak-anak beliau sekali tidak diberikan hak jagaan, sebaliknya hak jagaan diberikan kepada ibu yang hindu, dengan satu caveat yang ibu itu tidak boleh menukar agama anak-anak tersebut.

Di sana terdapat juga tuduhan menyatakan bahawa si suami memeluk Islam sebagai pintu belakang" untuk menafikan hak jagaan ibu tersebut. Ini adalah kerana apabila bapa tersebut memeluk Islam dan menukar agam anak-anaknya ke Islam, beliau akan pergi ke Mahkamah Syariah dan mendapatkan hak jagaan. Sebaliknya ibu itu didakwa tidak boleh pergi ke Mahkamah Syariah kerana beliau bukan Islam. Dan beliau tidak boleh mendapatkan perintah Mahkamah Sivil kerana berdasarkan Artikel 121 (1A), Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa membicarakan hal ehwal berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah, dan hal jagaan kanak-kanak Islam adalah dalam bidangkuasa hadhanah Mahkamah Syariah.

Saya tidak menafikan ujud di sana segelintir dikalangan mereka yang memeluk Islam dan memperkudakan sistem perundangan sedia ada untuk mendapatkan perintah jagaan anak dan menafikan pihak yang bukan Islam daripada keadilan sewajarnya. Bagi saya ini suatu persepsi yang salah dan harus diperbetulkan. Saya berpendapat bahawa isu ini sengaja diputarbelitkan untuk kepentingan sempit golongan tertentu. Sebagaimana kita maklum, apabila timbul isu hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak, maka Mahkamah Syariah, sebagaimana Mahkamah Sivil akan membicarakan kes tersebut berdasarkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu yang diutamakan.

Tanggapan menyatakan bahawa si bapa akan mendapat hak jagaan otomatik daripada Mahkamah Syariah adalah tidak benar sama-sekali. Apatah lagi tohmahan yang menyatakan kalau si ibu (yang bukan Islam itu) pergi ke Mahkamah Syariah, sudah pasti dia akan kalah kerana Mahkamah Syariah pasti akan menyebelahi si bapa yang sudah memeluk Islam.
Ternyata mereka yang membuat kenyataan tohmahan saperti ini adalah jahil dan tidak mengetahui sistem perundangan dan jurisprudens Islam. Undang-undang Islam bukan undang-undang rimba yang ditadbor oleh hakim-hakim tarzan mengikut citarasa nafsu beliau.

Sejarah telah membuktikan betapa para hakim syari'e sentiasa bertindak berdasarkan lunas-lunas ke'adilan kerana mereka sentiasa sedar akan hadis Rasulullah bahawa daripada tiap tiga hakim, dua sudah menempah tempatnya di neraka. Mereka juga sedar bahawa mereka wajib melaksanakan keadilan kepada mana-mana litigan tidak kira Muslim atau bukan.Ini terbukti dalam kes terbaru Nyonya Tahir yang telah keluar daripada Islam, mengamalkan kehidupan buddha dan mati dalam agama tersebut. Setelah mendengar saksi-saksi dan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan mengisytiharkan bahawa Nyonya Tahir telah melalui kehidupan bukan Islam dan mati sebagai bukan Islam. Maka mayat beliau diserahkan kembali kepada keluarga bukan Islamnya.

Apa yang penting ialah pihak-pihak yang terlibat tidak menanamkan sikap[ prejudis dan buruk sangka terhadap sistem perundangan Islam dan pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Mahkamah Syariah. Walaupun sistem perundangan yang dilaksanakan belum lengkap sepenuhnya, namun dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah boleh berbangga kerana telah cuba sedaya upaya melaksanakan keadilan kepada semua pihak.

Apa yang perlu difahamkan pertamanya ialah apabila seseorang bukan Islam membawa kes ke Mahkamah Syariah, ini bukan bermakna mereka telah masuk Islam. Inilah masalahnya apabila ada pihak mengambil kesempatan akibat daripada kejahilan orang awam bahawa pergi ke Mahkamah Syariah bermakna seseorang itu masuk Islam.

Kedua, walaupun seseorang bukan Islam tidak boleh menjadi pihak dalam Mahkamah Syariah (bukan kerana undang-undang Islam tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan yang menyekatnya), beliau masih boleh melibatkan diri dalam prosiding di Mahkamah Syariah sebagai saksi.Bermakna sekiranya si bapa yang telah menukar agama memohon hak jagaan anak-anak dibawah umur baligh, maka si ibu (yang bukan Islam) boleh memohon memberi keterangan dan mengemukakan bukti bahawa si bapa tidak layak mendapat hak jagaan. Dan yakinlah bahawa Mahkamah Syariah akan menimbang semua keterangan dan bukti menurut undang-undang sedia ada dengan meletakkan prinsip kebajikan kanak-kanak itu sebagai keutamaan.

Dan insyallah jika terbukti si bapa tidak layak, Mahkamah Syariah tidak akan memberikan hak jagaan itu kepada si bapa walaupun dia Muslim. Malahan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memberikan hak jagaan itu kepada si ibu, walaupun dia bukan Islam.. Dan inilah yang telah dibuktikan dalam kes Nyonya Tahir.

Berdasarkan saranan diatas, saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan kabinet nsaperti yang disiarkan melalui kenyataan Menteri di JPM tersebut yang mengesyorkan supaya digubal undang-undang untuk menafikan penukaran agama bagi kanak-kanak dibawah 18 tahun. Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya isu berkaitan ini diberi bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Saya berharap sebelum kabinet mengambil tindakan selanjutnya, hendaklah semua pihak yang berkepentingan diberi ruang untuk mengemukakan pendapat. Dan nasihat saya kepada kabinet, hormatilah keluhuhuran Perlembagaan dan hormatilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang telah pun diputuskan. Malahan saya difahamkan sudah ujud satu jawatankuasa di peringkat Jabatan Peguam Negara yang sedang dan masih membincangkan isu-isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan. Saya percaya jawatankuasa yang dianggotai oleh bukan sahaja mereka dari bidang guaman, tetapi mufti, ulama', agamawan termasuk wakil Majlis Peguam dan wakil agama-agama lain saperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha & Sikh akan cuba mencapai suatu jalan penyelasaian yang boleh diterimapakai oleh kesemua pihak.

Sekian. Wassalam

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1430

Sunday, April 19, 2009

AGM 25 PAS Serdang


Tahniah atas penganjuran berkesan AGM 25 PAS Serdang.

Semoga saf kepimpinan baru melaksanakan amanah yang diberi
dengan penuh semangat dan berkesan.

Bagi sekalian pendokong dan penyokong perjuangan Islam,
bersamalah bekerja untuk mendaulatkan Islam.

Perjuangan itu dengan usaha dan pengorbanan,
bukan komen dan kritikan semata-mata.

Islam itu tidak perlu kepada kita,
tapi kita yang perlukan Islam..


dr blog ADUN Bangi

Bandar Seri Putra-19 Mac 2009.

Dr. Shafie Abu Bakar kekal sebagai Yang Dipertua PAS Serdang.
Beliau yang juga ADUN Bangi bersama timbalannya Mohd Shafie Ngah menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung PAS Serdang kali ke-25.


Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Husam Musa. Mesyuarat juga bersetuju melalui satu pengundian untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden. Sementara 3 orang Naib Presiden dicadangkan untuk peringkat pusat terdiri dari YB. Dato' Paduka Husam Musa, YB Salahuddin Ayub dan Hj. Mohd Sabu.


Wednesday, April 15, 2009

lagi hal di perak..


surat ni dikutip dari blog perisik rakyat ...
ada apa-apa komen ?

rumah dah siap , tapi ..

Wednesday, April 15, 2009

Kenyataan Dr Ahmad Samsuri
berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu
Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Assalamualaikum wbr,
Terimakasih di atas penjelasan dari Wakil Exco Pemuda Serdang mengenai 'Usul Kerajaan Perpaduan'.Berikut adalah penjelasan ringkas saya :

1. Pada asalnya saya tidak bercadang untuk menyentuh isu kerajaan perpaduan dalam ucapan perasmian saya. Tetapi setelah diminta oleh TYDP Kawasan utk bercakap mengenai konsep unity govt. ini, maka saya pun memenuhi permintaan beliau.

2. Ucapan saya jelas. Saya tegaskan bahawa 'kerajaan unity' BUKAN bermaksud 'PAS bergabung dengan UMNO atau BN'. Kerajaan unity adalah semua parti termasuk(sekali lagi saya tulis SEMUA PARTI) dalam negara kita diberi peranan dalam kerajaan. Sekiranya mana2 parti dalam Pakatan Rakyat tidak bersama, maka Kerajaan Unity tidak akan wujud. Sekali lagi saya tulis - BUKAN PAS MASUK UMNO ATAU BARISAN NASIONAL. Titik. Period.

3. Persoalan samada UMNO atau BN menerima atau menolak konsep unity govt ini juga saya jelaskan dalam ucapan saya.

4. Kenapa dan apa perlunya idea unity govt ini timbul juga telah saya jelaskan dalam ucapan saya.

5. Saya ditanya selepas daripada ucapan saya samada konsep kerajaan unity ini di teruskan selepas perubahan kepimpinan dari Pak Lah ke Najib. Jawapan saya kepada sahabat yg membuat usul adalah TERANG dan JELAS iaitu - "atas arahan TGuru Presiden, tak perlu teruskan usul kerana idea unity govt ini ditawaqqufkan" (setelah perubahan kepimpinan negara berpindah kepada Najib).

6. Tidak ada percanggahan antara kenyataan TGuru Presiden dengan TGuru Mursyidul Am. TGuru Mursyidul Am tak setuju PAS bergabung/ masuk BN, TGuru Presiden juga TAK SETUJU PAS masuk BN.Sekian.

Terima kasih.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Posted by nuun at 3:08 PM


Kenyataan Ketua DPPK Serdang Berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Kenyataan Ketua DPPK Serdang Berkenaan dengan isu usul Kerajaan Perpaduan sewaktu Mesyuarat Agung DPPKS Kali ke 22

Asm,
Saya tak berhasrat sangat untuk response tulisan tuan , kerana saya maklum pandangan politik serta maksud tulisan- tulisan tuan sebelum wujudnya media blog ni. Malah saya mengenali tuan semenjak mengambil barang kohilal di jalan Pahang untuk dijadikan sumber ekonomi jamaah pada zaman kampus lagi . tapi itu bukan persolan utama yang hendak di fokuskan di sini.

Namun , bila mana ia menyentuh perkara yang melibatkan tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Terpaksalah bersengkang mata walaupun baru balik dr Kelantan krn urusan muktamar, jelas dari sana pun sudah mendapat persepsi yang berbeza dengan apa yang berlaku hasil tulisan tuan.

“Setelah beberapa kali Pengerusi Tetap mesyuarat meminta sokongan kepada usul itu, tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Dari frasa dan keseluruhan tulisan tuan , Jelas sekali tulisan tuan tidak mengambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku dalam AGM tersebut. Cukup saya nyatakan disini secara ringkas , dari proses penerimaan usul, terdapat 2 cawangan , mengemukakan usul ini , atas cadangan JK usul , usul ini di terima dan di bahas.

Sebelum itu semasa ucapan perasmian Setpol Presiden telah menjelaskan serba ringkas maksud cadangan kerajaan perpaduan dan konklusi yang buat , cadangan ini perlu dihenti atas perkembangan perubahan politik semasa.

Semasa usul di bentang , Pengerusi Tetap telah membuat sedikit ulasan , dengan hasrat apa yang dinyatakan Setpol dan dan kerelevenan usul tersebut dengan keputusan usul sebelum itu , iaitu mendesak kerajaan menarik balik keputusan mengantung harakah’ . Disebabkan usul tersebut tidak dibahas dengan perubahan kpd status terhadap harakah, Pengerusi Tetap bertanyakan pandangan perwakilan terhadap Usul Kerajaan Perpaduan , di samping wakil cawangan yang menyokong usul tersebut menjelaskan pendiriannya semula selepas mendapat pandangan setpol presiden , maka usul tersebut tidak diterima untuk dibahas. bukannya , tidak ada seorang perwakilan pun yang sudi menyokongnya”

Saya berharap pihak tuan agar lebih berhati hati membuat tulisan , walaupun tuan menyatakan Tidak ada ulasan tetapi bilamana ianya berkaitan Idea dari Presiden dan di rasmikan Setpol presiden ianya ditolak , sebagai orang politik sudah dapat membaca maksud yang tersirat.
Apatah lagi di musim pemilihan ni dan suasana jamaah yang masih belum kebah’ sepenuhnya dengan beberapa pertembungan idea pimpinan sebelum ini.

Tanpa menafikan tulisan di alam maya ini banyak membantu sebagai media baru kita , tetapi tidak kurang juga tulisan di alam maya ni banyak meruncingkan lagi perbezaan pandangan yang akhirnya menimbulkan sentiment sesama ahli yang tidak mendapat maklumat sebenar dan TIDAK BERHAK MENDAPAT MAKLUMAT TERSEBUT.

Akhirnya jamaah juga yang rugi , yang seronok blogger melihat rating blognya mencanak naik dan ulasan bertalu- talu. Musuh sebenar tumpang senyum.

Saya harap pihak tuan dapat menyatakan sumber laporan tuan , agar lain kali tidak berlaku lagi itupun jika tuan rasa bertanggungjawab

Mohd Adram Musa
Ketua Dewan pemuda Pas serdang sesi 2009-2011
Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
0133845555

Tuesday, April 7, 2009

Ulasan Harakahdaily berkenaan PRK 2 bukit

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Apr 08, 09 12:16:02 am MYT
(Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.


Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.

Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.

Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

PAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditamnbah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.

Namun menarik untuk diperkatakan tentang satu teori yang dikemukakan oleh pensyarah UKM, Dr Kamaruzzaman Yusof dalam rancangan Analisis Awani sebentar tadi mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen bagi pihak Umno/BN.

Mudah sahaja, kata Kamaruzzaman kehadiran Tun Mahathirdi Bukit Gantang membawa impak negatif kepada Umno/BN yang pada awalnya memperlihatkan peluang cerah untuk menang.
Situasi sangat berbeza pada pilihan raya umum Mac lalu apabila kehadiran kritikan dari Tun Mahathir amat memberi kesan kepada pola pengundian.

Namun di Bukit Gantang, kehadiran semula Tun Mahathir nyata tidak membantu Umno/Bn meraih sokongan mengembalikan status Bukit Gantang sebagai kubu kuat BN satu masa lalu.
Tun Mahathir sangat diketahui perihal politiknya mutakhir ini masuk semula ke dalam Umno apabila Najib menjadi Presiden dan Abdullah Ahmad Badawiu berundur dari PM.

Mahathir adalan antara individu paling lantang mengecam kepimpinan Abdullah dengan pelbagai istilah diberikan kepada bekas PM itu antaranya 'penidur'; 'kerajaan tiga beranak'; dan kerajaan yang ada 'penasihat tingkat empat'.

Usaha menjatuhkan Abdullah antaranya didukung kuat Mahathir yang hari ini nyata menampakkan sokongan padu kepada Najib sebaik sahaja anak didiknya itu jadi Presiden Umno dan PM.

Licik sungguh permainan Mahathir dan Najib, hingga Abdullah yang mempunyai penasihat bijak di 'tingkat empat' Putrajaya pun tidak terhidu akan sudahnya begini.

Abdullah jatuh dalam keadaan yang paling menyedihkan, diherdik kawan (Umno) dan dicaci lawan selain pada zamannya juga berlaku krisis ekonomi yang amat dahsyat.

Najib mengambil alih dengan 'senyuman' sinis yang pastinya ada 'udang sebalik batu' dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan terbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.

Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.

Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan �One Malaysia�nya.

Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.

Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak. Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.

Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.

Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.

Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.

Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.

Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.

Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.
Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran yang dibuat Mahfuz agar adakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.

Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya. _