Monday, September 1, 2008

MOTOVASI UNTUK PASTI BANGI 3

Ustaz Nasharuddin lancar wakaf, PASTI di Sabah
Nabila Abdullah
Tue | Sep 02, 08 | 10:32:55 am MYT
KOTA KINABALU, 2 Sept (Hrkh) ? Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa telah melancarkan wakaf sekaligus merasmikan bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) al-Hikmah, Taman Sempelang di sini semalam. Iklan



Menurutnya, ahli-ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) memiliki kelebihan tersendiri kerana telah ditarbiyah dalam keadaan susah dan senang akan menyumbang kepada parti Islam itu sendiri.

Tambahnya, dalam apa sekalipun ahli mesti digerak dan disedarkan tentang kepentingan berkorban terrmasuklah wang ringgit, katanya dihadapan AJK PAS Kawasan Putatan dan guru-guru PASTI.

"Menjelang bulan Ramadan kita selalu diperingatkan oleh tuan guru berkenaan kelebihan beramal ibadah di dalam bulan yang penuh barakah ini, termasuklah juga dalam masalah bersedekah dengan harta dan wang ringgit," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, institusi wakaf sangat berkesan dalam mewujudkan institusi pendidikan. Satu contoh yang ulung ialah seperti Universiti al-Azhar di Mesir yang digerakkan melalui waqaf.

Sebagai motivasi untuk menjadi contoh kepada ahli, Nasaruddin turut memberikan sumbangan kewangan kepada PASTI al-Hikmah melalui Pengerusi PASTI Kawasan Pantai Barat, Cikgu Abd Hamid Abu Bakar.

Untuk rekod, bangunan PASTI al-Hikmah telah dibeli pada tahun lalu dengan harga RM165 ribu.

Pihak jawatankuasa dana wakaf masih memerlukan sumbangan umat Islam untuk membantu dengan menghulurkan sumbangan kewangan.

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi Setiausaha PASTI Kawasan Putatan Ustaz Muhasibi di talian 013-8600545 atau Bendahari PASTI Kawasan, Ust Wan Zaidel di nombor 019-8807232 untuk maklumat lanjut.

Ambillah kesempatan sempena bulan Ramadan yang barakah ini, sementelahan lagi bagi penjawat awam ada bonus menanti sebelum raya nanti. - mr

No comments: