Sunday, June 15, 2008

bersesak lagi kita

SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL


Sebanyak RM116.734 juta rebat tunai dibayar kepada pemilik 239,414 kenderaan persendirian sehingga jam 4.30 petang semalam menerusi 683 pejabat pos di seluruh negara.

Menurut kenyataan Pos Malaysia Bhd (PMB), petang semalam, pembayaran di semua pejabat pos yang mempunyai sistem berkomputer seluruh negara berjalan lancar walaupun menghadapi beberapa masalah kecil sebelah pagi.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, yang melakukan tinjauan di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi dan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya, pagi semalam berkata, timbul sedikit masalah di Pejabat Pos Paloh di Johor kerana tiada bekalan elektrik, manakala beberapa pejabat pos yang lain ada masalah membabitkan pangkalan data, namun Pos Malaysia dapat menyelesaikannya kurang dari setengah jam.

No comments: