Monday, August 10, 2009

Pengajaran buat DAP

Isu yang bermain di media massa ketika ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh DAP. Belajar memahami dan menghormati hak dan sensitiviti Umat Islam.

Selama ini, umat Islam tidak pernah mencampuri dan mengganggu hak dan sensitiviti non-muslim, maka jangan diganggu orang lain.

Selama ini, DAP terlalu banyak menyibuk hal Islam, bermula soal murtad, soal pasangan non-muslim yang masuk Islam, bahkan ke soal poligami pun turut menyibuk. Yang terbaru, sibuk komen soal anak haram.

Mana-mana orang dan agama juga akan melabel anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak haram. Anak haram tetap anak haram. Soal penerimaan masyarakat itu hal lain. Mungkin bagi masyarakat bukan Islam tidak jadi isu. Namun prinsipnya tetap anak haram. Tak perlu lagi dipersoalkan. Tak kan nak kata halal ?

Namun, dalam soal arak, babi dan anjing, itu adalah sempadan akhir sensitiviti umat Islam. Walaupun jenis sanggup simpan songkok untuk tikam nombor ekor, melayu yang jahil pun akan bangkit menentang apabila menyentuh isu arak, babi dan anjing.

Adalah sangat baik jika DAP lebih menyibukkan diri membenteras kehadiran GRO dan Pelacur China, kes-kes along, dan kilang-kilang haram di sekitar kampung baru.

DAP ada banyak sangat kerja yang belum dibuat, jadi fokuslah kepada kerja-kerja yang lebih penting untuk dibuat. Kepada DAP, utamakan kerja, bukan hanya berkata-kata.

2 comments:

Frustrated Quit Rent Payer said...

Pengajaran apa beb. Pas yang halalkan DAP buat apa saja termasuk Tok Guru. Takkan nak jadi Pak turut saja dalam kerajaan negeri Selangor. Dr Hassan Ali tak patut mununjukkan pada umum bahawa isu ityu selesai dan bersalam dengan Ronnie Liu sedangkan Ronnie Liu tak pernah kesah nak minta maaf. Tak ada maruah ke Dr Hasssan Ali?

pasbangi3 said...

Salam buat En Mohd Yusof.

Tak ke mana jika sekadar membaca dari media utusan dan berita harian.

Hakikatnya PR perlu bijak menghadapi manipulasi media.

Itu sahaja.