Perjuangan Islam perlu diteruskan dalam apa juga situasi dan keadaan.
PAS biasa kalah dalam pilihanraya, cuma baru sedikit-sedikit menang mutakhir ini. Jadi bagi pejuang PAS sebenar, kegagalan mengambil alih Bagan Pinang itu bukan suatu yang luar biasa.
Hakikatnya, bukan kita yang memulakan Perjuangan ISLAM ini, dan bukan kita yang menjadi penutup tirainya.
Dari zaman berzaman, Perjuangan Islam tetap berterusan, dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Samada bersenjata menentang penjajahan Yahudi dan Nasrani, atau kaedah politik setempat.
Bahkan jika PAS menang semua Parlimen atau Dun di Malaysia sekalipun, perjuangan PAS masih belum terhenti.
Masih luas dan besar cabaran untuk membela Islam. Bukan sekadar memikirkan kekalahan pilihanraya. Itu hanya sekadar 'event' dari semasa ke semasa. Ibarat musim buah sahaja. Musim Durian, jaga durian. Musim Rambutan, kait rambutan.
Itulah yang menjadikan orang-orang tua kita dalam PAS dahulu tetap setia dan teguh bersama PAS. Buat sahaja kerja. Menang atau kalah, itu urusan ALlah yang tentukan.
Cuma, ikhtiar kena buat. Kalau tanam pokok , jangan lupa baja dan airnya. Tengok juga kalau-kalau ada tupai dan monyet yang merosak tanaman.
Kalau baja dan air tak dijaga, mengikut adatnya, memang hasil tidak lumayan. Jika tarbiyah dan dakwah tak jaga, maka ahli dan penyokong akan layu dan lemah.
Dan kalau tupai dan monyet dibiarkan, maka habisla tanaman dirosakkan. Jadi, musuh dalam selimut mesti diawasi, agar kerja jemaah tidak jadi sia-sia begitu sahaja.
Kesimpulannya, dalam doa dan tawakal, mesti juga diiringi usaha dan ikhtiar..
p/s- pandangan :
untuk semua ahli baru, elok adakan majlis bai'ah..
untuk Taat pada ALlah dan Rasul-Nya..
dalam berpolitik pun, jangan lupa agenda utama
PAS adalah meneruskan dakwah Rasul SAW...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment