Sunday, April 27, 2008

SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG 2008


SILA HEBAHKAN.

TEMPAT : STADIUM SEKSYEN 15 BANDAR BARU BANGI
MASA : 7.00 PAGI - 1.00 TGH
TARIKH: 19 MEI 2008 (ISNIN - CUTI UMUM :WESAK)

SEBAGAI 'MERAKYATKAN' SUKAN PASTI KAWASAN SERDANG,
PASTI SERDANG MEMPELAWA TASKA/TADIKA YANG BERMINAT
UNTUK TURUT MENGHANTAR KONTINJEN.

NAMUN HANYA PENYERTAAN TADIKA/TASKA SELAIN PASTI
BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT KERANA KEKANGAN
TEMPAT DAN MASA.

ACARA YANG DIADAKAN ADALAH :
BOLASEPAK
BOLAJARING

UNTUK BORANG/KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI;
ZULKIFLEE (PENGARAH SUKAN) :012-651 1931
SHAHRONIZAM (PENGARAH PASTI KAWASAN) : 012-392 8373

Gotong Royong Bandar Baru Bangi



petikan dan gambar lengkap dari http://pasbangi.blogspot.com


Sebagaimana yang dirancang, pagi 27 April 2008, telah berlangsung program gotong royong perdana di seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Program telah dirasmikan oleh YB ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang berpejabat di Bangi.

Turut hadir Controller PKNS Bangi Puan Siti Zubaidah Abd Jabar dan Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Dr Tajul Arifin Nordin. Dalam ucapan perasmian Dr Shafie mengingatkan kepada semua pihak supaya terus memberi komitmen kepada kebersihan persekitaran supaya impian Bandar Baru Bangi untuk muncul sebagai Bandar bersih dan sejahtera akan tercapai.

Beliau juga mencadangkan di adakan anugerah kepada kediaman yang bersih, pejabat yang bersih, kedai/premis perniagaan yang bersih dan taman yang bersih supaya dapat memberi galakan kepada semua warga Bandar Baru Bangi supaya terus mengekalkankebersihan persekitaran.

Beliau menekankan bahawa amatlah tidak layak bagi Bandar Baru Bangi yang terkenal dengan bandar ilmu kerana mempunyai berbagai universiti dan institusi pengajian tidak mampu menterjemahkan keilmuan tersebut ke dalam persekitaranya sendiri.

agen perpecahan



Inilah permainan pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu. Tapi dalam masa yang sama menjadi agen memecahbelahkan penduduk-penduduk kampung secara terang-terangan.

Dengan mewujudkan ketua kampung persekutuan , maka sudah tentu mewujudkan percanggahan bidang kuasa sedangkan ketua kampung adalah dalam bidang kuasa negeri. Ini tidak lebih sebagaimana yang telah dibuat selama hampir dua dekad di bumi Darul Naim.

Monday, April 21, 2008

Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih sekolah menengah agama




Roy Rasul
Tue | Apr 22, 08 | 8:31:00 am MYT


KUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhamad Khusrin Munawi.

Katanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.

Tambahan pula katanya, memberi pendidikan agama setakat darjah enam tidak mencukupi.

"Kita amat perlu mendidik anak-anak ini kerana pada peringkat 13 hingga 17 tahun mereka memerlukan pendidikan.

"Kalau kita tidak memberi pendidikan yang secukupnya maka berlakulah gejala anak-anak muda yang melepak di pasar-pasar raya, masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya," katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Pelajar Sesi 2007 di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Allam, pada Sabtu, 14 April lalu.

Katanya, pada usia tersebut, jika tidak diberi pendidikan yang secukupnya kaum remaja akan mengalami keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yang baru sekarang akan menambah sebanyak 40 buah sekolah agama yang dijangka siap pada tahun 2010.

Ini katanya, bagi menampung permintaan pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah agama.

"Dengan kemampuan yang kita ada dan bilangan sekolah yang ada, kita hanya dapat menampung kira-kira 60 peratus bilangan pelajar ke sekolah agama.

"Jadi kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah kemudahan-kemudahan tersebut," katanya.

Oleh sebab itu, beliau berharap di bawah kerajaan baru (Pakatan Rakyat) akan berlaku banyak lagi perubahan demi memantapkan syariah Islam.

Dalam pada itu katanya, dalam menangani masalah sosial yang semakin gawat melanda umat Islam, setiap orang Islam perlu bersama-sama pergiatkan usaha dakwah untuk menjadi umat yang cemerlang.

Malah katanya, kerajaan negeri membenarkan Jais mengadakan program-program agama khususnya mewujudkan program forum perdana di setiap daerah.

Katanya, forum pertama yang akan dianjurkan ialah di Stadium Melawati, Shah Alam pada 27 April ini dengan menampilkan ahli panel terkenal, antaranya, Dato' Haron Din dan Dato' Ismail Kamus.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan pendidikan agama kepada seluruh masyarakat.

Usaha tersebut katanya, akan dilakukan sehingga kepada mereka yang berurusan di pasar-pasar malam.

Ini katanya, bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab menyuburkan syariat Islam bukan saja terletak ke atas Jais tetapi ia menjadi tanggungjawab semua orang Islam.

"Jais hanya ada 70 anggota penguatkuasa untuk mentadbir urusan syariah dan undang-undang jenayah syariah.

"Jadi mustahil untuk kita mengawal dan melaksananya tanpa kerjasama daripada masyarakat," katanya.

Tambahnya, selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang dilihat lebih mudah untuk perkasakan syariat Islam, Jais akan mengadakan program seperti usrah di jabatan-jabatan kerajaan setiap hari.

Sementara itu dalam majlis konvokesyen tersebut seramai 221 pelajar menerima sijil masing.

Penerima-penerima sijil berkenaan terbahagi kepada tujuh bidang iaitu Talaqi al-Quran Tinggi, Taranum al-Quran Lanjutan, Bahasa Arab Asas, Taranum al-Quran Asas, Talaqi al-Quran Pertengahan dan Talaqi al-Quran Rendah.

Dalam majlis tersebut turut diisytiharkan Md Amin Abdul Rahman alJarumi, 61, sebagai Tokoh Keilmuan.

Dato' Mohamed Khusrin turut menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar yang disaksikan bersama Imam besar Masjid negeri, Shah Alam.

lumrah perjuangan


Sikap Umno macam Israel terhadap rakyat Palestin - Tuan Ibrahim
Basiron Abdul Wahab
Mon | Apr 21, 08 | 5:31:03 pm MYT


TEMERLOH 21 April (Hrkh) - Penghianatan Umno terhadap PAS semakin terserlah di sebalik suara ajakan perpaduan Melayu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan berkata, antara pengkhianatan pemimpin Umno ialah tidak mengiktiraf kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS dan DAP menang empat kerusi Dun dan dua parlimen iaitu di Kuala Semantan dan Beserah (PAS), Tras dan Triang (DAP) serta Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota (KeAdilan).

Katanya, pemimpin Umno menganggap kerusi Dun dan parlimen (yang dimenangi pembangkang) sebagai kosong tidak berwakil rakyat, sekali gus Adun yang menang itu dinafikan haknya sebagai wakil rakyat yang mewakili penduduk di kawasan terbabit.

Adun-adun berkenaan tidak dijemput menghadiri mesyuarat bersama jabatan kerajaan, tidak diberi peruntukan dan sebagainya.

"Ini menggambarkan betapa khianat dan biadapnya Umno terhadap rakyat yang memilih wakil mereka melalui pilihan raya yang sah," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau yang pernah menjadi Adun Jengka (1999-2004) dan menghadpi perkara sama (tidak diiktiraf) membidas sikap dan tindakan Umno itu serta menyifatkanya sebagai tindakan tidak demokratik.

"Sepatutnya pemimpin Umno perlu belajar menghormati kuasa rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Rakyat telah memilih PAS sebagai wakil mereka, kerajaan Umno perlulah menghormatinya, Umno harus sedar kuasa rakyat, jangan sampai rakyat menunjukkan jalan keluar.

"Apa yang ditunjukkan selama ini seperti (membuli kerajaan Kelantan), menafikan hak Adun bukan BN, merampas royalti minyak dan sebagainya itu memang dibenci rakyat, mereka seharusnya tidak mengulangi perbuatan buruk di masa lalu itu," katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mengajak PAS dalam apa yang disebut sebagai 'perpaduan Melayu' hanyalah retorik semata-mata selagi Umno terus mengamalkan dasar negatif terhadap Adun, ahli dan penyokong PAS.

Malah, cara Umno menangani isu perpaduan Melayu dilihat tidak jauh berbeza daripada dasar Israel terhadap rakyat Palestine, Israel mengajak Palestine berdamai tetapi pada masa sama terus melakukan pembunuhan terhadap rakyat Palestine setiap hari.

"Umno mengajak PAS berbincang soal perpaduan Melayu tetapi pada masa sama memboikot Adun PAS, tidak memberi peruntukan dan sebagainya, itukah cara Umno untuk berbaik-baik," kata beliau.

Dato' Tuan Ibarhim mengulas rintahan seorang ibu yang terpaksa mendapatkan tanda tangan Adun BN Mentakab, Chua Boon Leong bagi menyokong permohonan untuk mendapatkan bantuan Yayasan Pahang anaknya.

"Susahlah tanda tangan Adun Kuala Semantan tidak laku (tidak diiktiraf Yayasan Pahang), dia orang syaratkan mesti dapatkan tanda tangan Adun BN," keluh ibu tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana kemenangan Adun Kuala Semantan adalah melalui proses pilihan raya yang sah.

"Rakyat sudah memilih Syed Hamid sebagai Adun kenapa pula Yayasan Pahang tidak iktiraf, ini adalah satu contoh keangkuhan pemimpin Umno dan sikap itulah yang dibenci oleh rakyat," ulasnya.

PAS, katanya menyokong setiap permohonan untuk mendapatkan bantuan itu diteliti oleh Adun tetapi kenapa mesti disyaratkan hanya Adun BN sahaja? soalnya.

Saturday, April 19, 2008

taman permainan bangi 3



kelihatan taman permainan sudah menjadi sawah. walaupun negara dalam keadaan kekurangan beras, tak kanlah taman permainan pun hendak dibiarkan menjadi sawah.

diharapkan jawatankuasa bertindak Dun Bangi yang telah dilantik memantau kemudahan-kemudahan infrastuktur di sekitar Dun Bangi.

Buktikan Adun Bangi telah melantik orang yang tepat untuk membantu beliau sebagai Adun Bangi.

TV blogger


blogger pasbangi.blogspot.com melancarkan webtv.

untuk tatapan dan pautan, sila lawati http://pasbangi.blogspot.com