Sunday, April 27, 2008

Gotong Royong Bandar Baru Bangi



petikan dan gambar lengkap dari http://pasbangi.blogspot.com


Sebagaimana yang dirancang, pagi 27 April 2008, telah berlangsung program gotong royong perdana di seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Program telah dirasmikan oleh YB ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang berpejabat di Bangi.

Turut hadir Controller PKNS Bangi Puan Siti Zubaidah Abd Jabar dan Yang Di Pertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Dr Tajul Arifin Nordin. Dalam ucapan perasmian Dr Shafie mengingatkan kepada semua pihak supaya terus memberi komitmen kepada kebersihan persekitaran supaya impian Bandar Baru Bangi untuk muncul sebagai Bandar bersih dan sejahtera akan tercapai.

Beliau juga mencadangkan di adakan anugerah kepada kediaman yang bersih, pejabat yang bersih, kedai/premis perniagaan yang bersih dan taman yang bersih supaya dapat memberi galakan kepada semua warga Bandar Baru Bangi supaya terus mengekalkankebersihan persekitaran.

Beliau menekankan bahawa amatlah tidak layak bagi Bandar Baru Bangi yang terkenal dengan bandar ilmu kerana mempunyai berbagai universiti dan institusi pengajian tidak mampu menterjemahkan keilmuan tersebut ke dalam persekitaranya sendiri.

No comments: