pasbangi3 berasa terpanggil untuk mengulas isu kenaikan harga barangan asas dalam negara yang tidak sudah-sudah. Bermula dengan isu harga gula, diikuti minyak masak, tepung dan yang terkini beras. Manakala yang masih menjadi teka-teki adalah harga minyak petroleum.
Semuanya ini seolah-olah terancang dan ada pihak yang sudah pasti menjadi dalangnya. pasbangi3 percaya perkara ini ada kaitannya dengan rangkaian pihak pemborong dan pengedar. Keadaan ini juga seperti mereka 'test power' dengan pihak berkuasa.
Umum mengetahui negara mendapat bekalan bahan mentah untuk penapisan gula bagi suatu tempoh tertentu, sama juga umum mengetahui bekalan minyak sawit juga diperolehi dalam negara dan juga bagi isu beras, 70% bekalan padi juga dari dalam negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa bahan mentah bukan menjadi isu utama.
Isu utama adalah pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Pertukaran menteri yang menguruskan hal yang berkaitan juga tidak membawa apa-apa erti. Menteri yang sebelum ini kelihatan gagah juga nampaknya gagal.
Apa yang kini meragukan adalah adakah perkara ini benar-benar disebabkan golongan saudagar dan taikun dalam negara, atau turut melibatkan 'tangan ghaib' penguasa-penguasa yang berselindung dengan pelbagai topeng dan slogan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment