Thursday, May 1, 2008

TUGAS YB MULAI MEI 2008


Semasa Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kali Pertama Cawangan Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, YB Dr SHafie ada maklumkan beberapa perkara penting.

Antaranya adalah beliau kini akan memikul tugas sebagai Timbalan Exco berkaitan Agama dan Adat, iaitu untuk membantu Dato Dr Hassan ALI dan akan bertugas selang sehari di MAIS/JAIS. Selain itu juga akan diberi tempat di Pejabat Daerah Hulu Langat dan MPKj mulai Mei 2008.

Oleh itu, semua pihak terutama jawatankuasa penduduk dan apa juga jawatankuasa yang dilantik perlu membuat kerja dan boleh berhubung dengan YB bagi isu dan perkara berkaitan MAIS/JAIS, Pejabat Daerah dan MPKj.

Manfaatkanlah ruang dan kesempatan yang ada demi kebajikan dan kebaikan semua.

Janganlah nanti PAS pula yang dipersalahkan akibat kelekaaan dan kecuaian jentera bawahan di cawangan dan UPU.

Kemenangan bukan masa untuk lalai, tetapi masa untuk melipatgandakan usaha dan kerja, demi mendapat berkat dan rahmat dari ALLAH SWT.. Sesungguhnya ibadah, hidup dan mati kita adalah kerana ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM...

2 comments:

Anonymous said...

Bila dah menang dan jadi kerajaan mestilah sanggup memikul tanggung jawab tu jangan asyik tidur lena pulak, rakyat mesti diutamakan disamping tu jaga kesihatan, jom kita joging kat taman tasek cempaka setiap pagi minggu amacam...? sebelum jam 9 sahaja

perhati.pantau said...

Rakyat melihat apa yang kita buat selepas kemenangan, mereka tidak akan ambil pusing sama ada kita sibuk atau tidak...akhir sekali mereka akan mengadili kita pada pilihanraya Ke-13 nanti....