Sunday, July 20, 2008

KENYATAAN RASMI

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jul 20, 08 | 11:57:32 pm MYT

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. - mr/mks.

20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).

2 comments:

al-brangi Online said...

sy dah komen dlm blog dr.hamirdin.

ahli kita terlampau emosional. mungkin terlampau sayangkan PAS. saya pun sayang jugak. Tetapi kita kena hormat kepada presiden kita TGHA. kenapa ada suara2 sumbang daripada ahli yg buruk sangka kepa pimpinan, ini bukan cara islam. seronoklah puak2 keris berlaga tu (UMNO). tadi sy ada pergi ke taman melawati ada banner besar menyatakan 'hentikan muzakarah, kami sokong PR' tak ada ke cara lain. tak boleh ke buat rombongan jumpa pimpinan mintak penjelasan. munkin pimpina mahu ambik sedikit masa untuk memberi penjelasan. ada yg cuba2 bandingkan TGHA dengan burhanuddin helmi, dengan ustaz fadil dgn asri dengan yusuff rawa. masing2 ada kelebihan. apa kalau TGHA kalah dlm pemilihan presiden, yg tak puas hati dgn TGHA akan berpuas hati. sy masih teringat ust ismail kamus berkata, kalau kita berpuas hati dgn tingkah laku kita, mesti ada satu pihak lagi yg tak puas hati. islam ada cara penyelesaian. Biarlah tindak tanduk kita berbeaza dgn puak2 secular tu, baru lah orang awam akan berkata, dahsyatlah orang2 PAS ini. kalau tidak mereka akan kata tak de beza pun UMNO dengan PAS.

sy rasa bila dengar penjelasan pimpinan ni baru rasa puas kot. ke nak berkokok lagi. rentikan kata org perak.

roslisalem said...

Permaianan politik umno ni cukup licik, dan amat malang jika ahli dan pendokong PR boleh terperangkap ..ingatlah, pelanduk memang selalu lupa pada perangkap, tetapi perangkap tak lupa pelandok ..

Apa kata pakat-pakat jadi perangkap, dan hentikan diri jadi pelandok .. inilah masanya kita perangkap pulak ahli umno yang tengah mabuk kalah tu ..