Menjelang akhir Disember, banyak pihak, terutama Bank sibuk kemaskini akaun untuk melihat prestasi dan pencapaian tahunan. Bagi pihak pekerja, sudah tentu mengharapkan imbuhan khas sekiranya berjaya melaksanakan kerja dengan cemerlang.
Namun bagi sekalian ahli dan pendokong gerakan Islam, terutama PAS, amat patut dibuat muhasabah diri supaya jelas sejauh mana usaha dan pencapaian 2009. Bukan untuk imbuhan atau ganjaran dunia, tetapi sebagai menilai sebanyak bekal untuk kembali pada-Nya.
Dari aspek dakwah sesama kejiranan, masyarakat, bahkan jamaah sendiri. Perlu dinilai dan diukur sejauh mana usaha yang dibuat. Andai kata anda sebagai pegawai penilai, agak-agak patutkah diri anda diberi markah yang tinggi? Agak-agak layak tak mendapat tiket ke syurga?
Sehebat mana pun anda di dunia, tak kan terlawan hebatnya hidup di akhirat. Sesusah mana pun hidup anda di dunia, tak kan terbanding siksaan di neraka. Oleh itu, hiduplah sebagai hamba kepada-NYA. Jangan berlagak hebat mempertikai atau melengah ketetapan dari-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment