Sunday, March 30, 2008

Boikot Produk Belanda

Firma Belanda mahu saman ahli Parlimen


Eksport ke negara Islam terjejas akibat tayangan filem anti-Islam Wilders

THE HAGUE: Badan perniagaan utama di Belanda mengancam menyaman ahli Parlimen negara itu, Geert Wilders jika perniagaan mereka terjejas berikutan penyiaran filem pendek arahan ahli politik berkenaan yang menggambarkan al-Quran sebagai menggalakkan keganasan.

"Jika pengguna Muslim memutuskan untuk memulaukan barang keluaran Belanda, ia sudah tentu menjejas eksport negara ini," kata pengerusi pertubuhan majikan Belanda, Bernard Wientjes kepada akhbar Denmark, Het Financieel Dagblad.

"Syarikat seperti Shell, Philips dan Unilever memang dikenali sebagai syarikat Belanda."

Wilders, pemimpin parti Kebebasan menyiarkan filem sepanjang 15 minit menerusi internet Khamis lalu. Filem itu menyelit imej serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran.

Filem dokumentari itu juga memaparkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW yang disiarkan akhbar Denmark sebelum ini.

"Saya tidak tahu sama ada Wilders banyak wang atau mempunyai perlindungan insurans tetapi jika produk Belanda diboikot, kami akan meneliti sama ada beliau boleh dipertanggungjawabkan," kata Wientjes.

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard yang melukis lakaran menghina Rasulullah itu sudah pun mengancam untuk menyaman Wilders kerana menggunakan kartunnya dalam filem itu tanpa kebenaran.

Penyanyi rap Belanda-Maghribi, Salah Edin juga mengancam mengambil tidankan undang-undang terhadap ahli politik itu kerana menggunakan gambarnya untuk memaparkan pembunuh pengeluar filem Belanda, Theo van Gogh yang membuat fielm anti-Islam, Submission.

Filem Wilders itu mencetuskan gesaan pemulauan barang Belanda di kebanyakan negara Islam.

Hampir 30 akhbar, stesen radio dan laman web di Jordan melancarkan kempen agar pengguna di negara itu memulaukan perniagaan Belanda.

Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk melihat kesan filem itu terhadap perniagaan negaranya.

Pemulauan barang Denmark oleh negara islam pada 2005 berikutan penyiaran kartun menghina Rasulullah mengakibatkan syarikat negara itu mengalami kerugian sehingga AS$1.5 juta (RM4.8 juta) sehari.

Syarikat utama produk tenusu Denmark, Arla Foods, yang terjejas teruk ketika itu mengeluarkan kecaman keras terhadap kartun yang disiarkan dan merayu kepada pengguna Arab dan Muslim akan menghentikan pemulauan produknya. Agensi

No comments: