Keputusan PRU-12 bukti rakyat tolak laporan berat sebelah media arus perdana
Posted on Sunday, March 30 @ 10:03:03 MYT
Oleh Salmiyah Harun
Keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat telah menolak kerajaan BN dan ia sekaligus membuktikan kegagalan media arus perdana memberi laporan yang seimbang kepada semua pihak yang bertanding.
Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Centre For Independent Journalisme (CIJ) V Gayathry dalam sidang media di pejabatnya dekat Jalan Pahang semalam.
Menurut beliau, keputusan pilihan raya itu adalah satu indikasi yang kuat menunjukan kegagalan media untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'.
Kegagalan tersebut dibuktikan berdasarkan kajian yang dijalankan CIJ sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya lalu menunjukkan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan liputan pro-BN sehingga mencecah 93 peratus.
Katanya, secara keseluruhan enam akhbar yang dipantaunya semuanya akhbar arus perdana yang telah memihak kepada BN.
"Begitu juga kita lihat akhbar-akhbar Tamil turut menyebelahi BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai banyak berita dan ruang yang besar untuk pembangkang misalnya analisis tentang kekuatan pembangkang,"katanya.
Tambahnya, akhbar berbahasa Inggeris seperti NST dan The Star adalah tertinggi menyiarkan banyak isu yang memberi kelebihan kepada BN.
"Semua news yang disiarkan adalah pro kepada BN cuma ada satu sahaja berita Anuar Ibrahim tetapi di sekelilingnya ada berita yang mengutuk Anuar semula," katanya.
Sementara itu, Gayathry turut mencadangkan kepada lima negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang menegaskan pendirian mereka untuk menggunakan saluran RTM negeri bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyatnya.
Tegasnya, perubahan politik pada hari ini memberi peluang misalnya kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang boleh membuat tuntutan termasuk perundangan untuk menggalakkan membuat akhbar mereka sendiri sama ada akhbar negeri.
"Kita sedang mengkaji bagaimana Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPA) di diabaikan oleh pihak kerajaan negeri. Bolehkah kita dapatkan individu untuk memulakan akhbar tanpa dapat apa-apa lesen sebagai mana akhbar lain yang perlukan," katanya.
Justeru, tidak cukup jika Lim Guang Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diletak muka hadapan akhbar arus perdana, apa yang penting bagaimana media sekarang harus melaporkan apa sebenarnya yang berlaku, katanya./wann
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment