Monday, April 7, 2008

dari tranungkite.net

Ceramah atau Gerakerja
Posted on Monday, April 07 @ 19:48:44 MYT by SongkokPutih


Oleh askarsepoi

"Isu ceramah atau gerakerja selalu timbul di kalangan ahli atau petugas jentera PAS. Di saat PAS telah menang di sebilangan besar Dun, timbul polemik di kalangan jentera PAS sendiri.

Ramai yang kata tak perlu lagi hadir ceramah kerana banyak kerja yang perlu dibuat kerana PAS sudah diberi amanah mentadbir. Keasyikan menghadiri ceramah-ceramah akan menjejaskan banyak kerja yang perlu dibuat. Namun, telah menjadi sifat orang PAS, suka mendengar ceramah, sama ada di surau , masjid atau pun padang-padang awam. Teguran ini akan sedikit sebanyak 'mengguriskan' hati mereka yang berkenaan.

Saya berpendapat, di saat PAS menang inilah ceramah perlu diperbanyakkan. Suburkan budaya ilmu di kalangan kita. Namun petugas PAS bukan jadi penonton atau hadirin, tetapi perlu bertindak sebagai penganjur.

Pengalaman menganjurkan ceramah akan mendedahkan semua petugas bawahan tentang aspek pengurusan dan berorganisasi. Disamping boleh mengeratkan hubungan. Namun ceramah bukan sekadar ceramah. Petugas perlu buka kaunter khidmat masyarakat, kaunter penambahan ahli dan kaunter aduan Dun.

Bukan semua orang punya masa dan kesempatan hadir ke pejabat aduan adun..namun dengan kesempatan ceramah umum, ramai orang dapat hadir ke kaunter berkenaan. Situasi semasa menyebabkan PAS kehabisan stok, dan terbaru lebih 1000 borang dicetak oleh Pas Cawangan (?). Bukan sekadar borang ahli PAS dan borang kelab penyokong Pas, bahkan borang keahlian PKR juga habis di cawangan.

Di sinilah semua petugas PAS perlu bertindak pro-aktif .. dalam masa kita mendengar ceramah, dapat mendekati masyrakat dengan kaunter aduan dan khidmat masyarakat. Disamping cari pahala dengar majlis ilmu, dapat juga pahala buat kerja jamaah ..InsyaALlah..

No comments: