Tuesday, April 1, 2008

TURKI

Cabaran sebagai gerakan Islam lebih besar di Turki, berbanding di Malaysia ..Oleh itu manfaatkanlah sepenuhnya ruang dan peluang untuk kerja-kerja dakwah ..

PM Turki bidas keputusan mahkamah

ANKARA 1 April – Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan hari ini membidas keputusan Mahkamah Perlembagaan Turki yang memutuskan untuk mendengar kes yang dibawa oleh Pendakwa Raya supaya Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan beliau diharamkan.

Recep menegaskan kes tersebut akan melemahkan Turki tetapi tidak akan menghalang kerajaannya daripada melaksanakan pembaharuan.

Mahkamah Perlembagaan mengundi sebulat suara semalam untuk mendengar kes yang menuntut pengharaman parti pemerintah itu atas dakwaan cuba melemahkan prinsipprinsip sekular yang termaktub dalam perlembagaan.

“Masyarakat hari ini lantang menuntut demokrasi, kebebasan dan kebajikan.

“Percubaan untuk melemahkan sistem politik bukan sahaja akan merosakkan bangsa tetapi akan turut melemahkan negara,” kata Recep dalam ucapan kepada Ahli Parlimen AKP.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelan pembaharuan bagi memantapkan usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) selain berusaha mengukuhkan ekonomi negara.

“Kita tidak akan membiarkan golongan yang cuba menimbulkan rasa takut memalapkan masa depan kita.

“Kita sedar akan tanggungjawab kita dan akan menangani proses ini dengan tenang,” kata Recep.

Beliau juga berkata, AKP sedang menyediakan cadangan untuk meminda perlembagaan bagi menjadikan lebih sukar untuk mengharamkan parti-parti politik.

– AP

No comments: