Monday, April 7, 2008

dari utaraonline.net

Karnival Rakyat
askarsepoi writes

"Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat menggunakan kesempatan kuasa yang ada menganjurkan Karnival Rakyat , bukan sekadar menyaingi Karnival-karnival anjuran BN-UMNO, tetapi sebagai aktiviti yang lebih mudah dihadiri rakyat.

Seeloknya buat permulaan dianjurkan sebulan sekali di setiap dun/parlimen untuk tempoh 3 hari 2 malam. Konsepnya sama dengan karnival yang lain, tapi lebihkan keutamaan untuk golongan rakyat bawahan untuk berniaga.

Disamping membantu aspek ekonomi, boleh juga dijadikan ruangan untuk majlis ilmu. Jika Karnival lain mengutamakan hiburan semata-mata, kita jadikan karnival ini salah satu taman-taman ilmu. Penuhkan malamnya dengan pidato dan ceramah umum.

Dan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat juga boleh membuka kaunter kemasyarakatan dan pendaftaran keahlian. Kerja menambah keahlian perlu sentiasa dijalankan supaya jentera parti semakin gagah.

Aspek tarbiyah juga perlu diperkemaskan untuk menghadapi pertambahan ahli dari semasa ke semasa manakala silibus usrah dan aktiviti hendaklah disesuaikan dengan taraf hidup dan latar belakang ahli yang baru.

Dengan usaha yang berterusan ini, semoga Pakatan Rakyat akan terus berjaya."

No comments: