Selasa 8 April 2008 | 1 Rabiul Akhir 1429 Hijrah
Lima Menteri Besar bakal gegarkan Stadium Perak
Johari Jaafar
Tue | Apr 08, 08 | 11:03:18 am MYT
IPOH, 8 April (Hrkh) - Stadium Perak yang selama ini digegarkan sorakan 'Kejo Yop Kejo' pada setiap kali pertandingan bolasepak Liga Super, buat pertama kalinya stadium ini akan digegarkan oleh puluhan ribu rakyat negeri Perak dengan laungan takbir, reformasi dan 'makkal sakti' apabila lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat berpidato pada 14 April ini bermula jam 8.30 malam.
Lima Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu Menteri Besar Kelantan,Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan berpidato di hadapan puluhan ribu sempena Himpunan Rakyat Negeri Perak anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabatnya sebentar tadi.
"Seluruh rakyat diminta hadir untuk mendengar amanat daripada lima orang Menteri Besar, inilah buat pertama kalinya dalam sejarah Stadium Perak akan bakal menyaksikan himpunan puluhan ribu atas nama pakatan rakyat," katanya lagi.
Acara dimulakan dengan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat, selepas itu pidato lima Menteri Besar akan bermula dan orang ramai yang hendak hadir dinasihatkan membawa sejadah.
"Kalau di Stadium Melawati,Shah Alam, Selangor himpunan seumpama itu dihadiri lebih kurang 30,000 orang, insya-Allah puluhan ribu juga akan hadir di Stadium Perak bagi mendengar pidato lima Menteri Besar," katanya. - mks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment