Wednesday, April 2, 2008

Ketua Kampung Selangor

Rabu 2 April 2008 | 25 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah

Ketua kampung di Selangor disaran letak jawatan kerana 'derhaka'
Salmiyah Harun Wed | Apr 02, 08 | 3:05:10 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Ketua-ketua kampung seluruh Selangor harus meletak jawatan mereka dengan segera kerana dikatakan 'menderhaka' kepada kerajaan negerinya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Sany Hamzan berkata, ketua-ketua kampung ini tidak seharusnya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Barisan Nasional kerana mereka bukan sebuah parti politik.

"Mereka kena sedar elaun yang mereka dapat daripada kerajaan negeri bahkan mereka juga dilantik oleh kerajaan negeri, mereka haruslah menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri yang baru memerintah," katanya ketika menghubungi di sini.

Sany menambah, mereka bukannya sebuah parti dan wajar bersikap profesional dalam meletakkan siapa mereka sebenarnya dalam apa jua keadaan.

"Kalau mereka menyatakan sokongan kepada Pak Lah tidak ada guna mereka ini mengaku sebagai ketua kampung," katanya.

Sokongan kepada pimpinan BN, katanya seolah-olah menggambarkan mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BA yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya lalu.

Sany berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua-ketua Kampung seluruh Selangor yang telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Abdullah Badawi dalam pertemuan bersama Menteri Kamajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhamad Muhd Taib baru-baru ini. - mns

No comments: