Monday, April 7, 2008

dari utaraonline.net

Proaktif
askarsepoi writes

"Adalah diharapkan agar semua jentera Pakatan Rakyat akan sentiasa cergas dan proaktif dengan stamina yang kuat kerana kita akan melalui marathon yang cukup panjang, iaitu sekurang-kurangnya 4 hingga 5 tahun.

Bukan sekadar tempoh itu sahaja tetapi adalah diharapkan marathon ini akan berterusan, insyaALlah. Ibarat larian baton, perlu ada kerjsama dan giliran, jika tidak kita akan kehabisan stamina jika hanya bergerak bersendirian.

Janganlah di setiap cawangan atau kawasan kita hanya bebankan kepada sekelompok orang sahaja untuk buat sesuatu kerja. Tidak adil jika dibangkitkan isu kroni dan pilih kasih dalam Pakatan Rakyat, sedangkan apa yang wujud hakikatnya adalah hanya sebilangan sahaja yang sanggup ke depan.

Yang selebihnya lebih bersifat sokong dari belakang sahaja, walaupun hakikatnya sokong dari belakang dikira ok daripada tikam dari belakang. Sebagai contoh, ramai kakitangan awam atau swasta yang sokong Pakatan Rakyat tapi tak berani ke depan atas faktor menjaga periuk nasi.

Kita tak boleh salahkan mereka, tetapi perlu PROAKTIF dalam memanfaatkan mereka. Banyak J/Kuasa kecil perlu ditubuhkan khususnya melibatkan tenaga bijak pandai. Oleh itu mintalah mereka bertugas 'disebalik' tabir menyediakan kertas kerja dan lain-lain tugas yang melibatkan penyelidikan.

Pun begitu dalam penyelidikan, seorang penyelidik itu tak perlu tampil ke depan. Cukup jika hanya berada di sebalik tabir. Selain itu tugas melibatkan kerja-kerja ICT, contohnya seperti utaraonline ini sendiri, tidak perlu adminnya ke depan memperkenalkan diri; tetapi cukup jika hasil kerjanya yang dinantikan-nanti dapat membantu dalam pengagihan maklumat baik kepada Pimpinan PR ataupun rakyat itu sendiri.

Selain dari itu bagi menggalakkan usaha 'merakyatkan' Pakatan Rakyat, setiap program yang diadakan perlu dibuka sama Kaunter Aduan Wakil Rakyat , Kaunter Khidmat Masyarakat dan Kaunter Keahlian. Melalui kaunter-kaunter inilah kita boleh membantu kerja-kerja YB-YB Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Namun apa yang penting, kita perlu sedar kita bukan lagi pembangkang tetapi Kerajaan yg memerintah. Laksanakanlah apa yang kita ingin kerajaan laksanakan untuk kita, sebab kita kini agen kerajaan. Hanya dengan berfikiran PROAKTIF sahaja dapat merealisasikan perkara ini.
"
Posted on Monday, April 07 @ 22:34:06 MYT by tokJongos

No comments: