Saturday, April 12, 2008

pendapat di tranungkite.net

Cuti hari Jumaat
Posted on Saturday, April 12 @ 20:42:35 MYT by SongkokPutih


Oleh askarsepoi

"Berhubung idea supaya Pakatan Rakyat menukarkan cuti sabtu ahad kepada jumaat sabtu, rasanya perlu difikirkan secara rasional dan baik.

Bagi muslim, mungkin ada banyak hujah dan nas mengenai kebaikan dan moleknya jika boleh bercuti di hari Jumaat.

Tapi secara rasionalnya, pada ketika ini negeri yang bekerja secara optimum dan efektif hanya kelantan, kedah dan terengganu.

Ini kerana mereka boleh bekerja sepenuh masa pada 5 hari bekerja. Bagi negeri yang mengamalkan cuti sabtu ahad, mereka melakukan pembaziran masa dan kos pada hari Jumaat. Ini kerana bagi pekerja kerajaan, mereka akan rehat dari 12.15 hingga 2.45, melibatkan masa rehat 2 1/2jam sedangkan pada hari biasa rehat 1 jam sahaja. (baca waktu kerja pejabat kerajaan di KL)

Jumlah extra rehat 1 1/2 jam seminggu menyebabkan kerugian kos, masa dan tenaga kerja berbanding negeri kelantan, kedah dan terengganu. Tambahan pula sektor swasta juga terpaksa memberi keizinan pekerja untuk pergi solat jumaat. Sebab itu banyak kilang kat Perak dan Selangor pun bagi cuti hari Jumaat. (kilang tempat aku kerja kat Perak dulu pun cuti hari Jumaat, kilang org cina pulak tu).

Kalau betul kerajaan negeri Pakatan Rakyat berminat dengan idea penjimatan kos dan kerja yang efektif, cuti hari Jumaat perlu dikaji. Kalau kilang-kilang cina pun boleh buat keputusan cuti hari Jumaat, tentu ada rasional yang perlu dikaji sebab kilang sudah tentu berorientasikan keuntungan. Jadi kerajaan negeri juga tentu tidak akan rugi cuti jumaat sebab kilang pun tak rugi cuti hari jumaat.

Cukuplah UMNO-BN yang membazirkan kos/wang dan masa selama ini dengan bekerja sedikit pangkal, dan sedikit hujung pada setiap Jumaat. Org yang biasa berurusan dengan kerajaan tentu perasan bila sudah solat jumaat, semua org gomen mcm dah tak berapa minat nak kerja, sebab tinggal sikit lagi masa sebelum nak balik. Pulak tu esoknya cuti, dah plan nak balik kg, pergi shopping etc.. Pakatan Rakyat perlu efektif kerja 5 hari seminggu dengan optimum ..kena kerja Ahad-Khamis , 8pg-5ptg, full .."




"Cuti hari Jumaat" | Configure | 18 comments | Search Discussion

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by mamatoto on Saturday, April 12 @ 20:53:22 MYT
(User Info | Send a Message) http://dems2u.org
waaa....cam kat negara islam lain plak....msia baru nak buat ...tak pe teruskan....

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by Bantai on Saturday, April 12 @ 20:58:24 MYT
(User Info | Send a Message)
too early
nanti PHOBIA puak2 yg bangkit pagi ingat AHAD cuti
wakakakaaa

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by Aiwan on Saturday, April 12 @ 21:08:35 MYT
(User Info | Send a Message)
orang Islam hendaklah berhati-hati dalam memperkatakan isu tersebut kerana boleh menyebabkan terbatal akidah ! maksud saya ialah tujuan kita bercuti pada hari jumaat adalah untuk kita menyempurnakan solat jumaat, janganlah kita beranggapan bahawa bercuti hari jumaat untuk menyempurnakan solat jumaat itu satu perkara yang merugikan urusan keduniaan kita.

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by jarihantu on Saturday, April 12 @ 21:17:53 MYT
(User Info | Send a Message)
Perlis darulSunnah cuti hari apa? kalau Sunnah mesti cuti hari Jumaat. lagi pun cuti Ahad ni sunnah kristian.

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by SU--KJ on Saturday, April 12 @ 21:32:17 MYT
(User Info | Send a Message)
1. Hari tak salah...semua hari baik. Jangan dipesong Ahad itu Kristian dan jumaat itu muslim.

2. Yang salah atitude dan sikap kita

3. Jangan kerap sangat amalkan sekejap ubah itu...sekejap ubah ini...nanti bukan untuk mudah tapi lagi menyusahkan saja. Dalam keadaan sekarang eloklah Kedah, Kelantan dan Terengganu ikut negeri2 lain supaya cuti Ahad.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com [www.penyokong-kj.blogspot.com]

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by raina on Saturday, April 12 @ 21:33:05 MYT
(User Info | Send a Message)
bagus gak
boleh aku biznes cendol
kt masjid india
hehe

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by sagacampro on Saturday, April 12 @ 22:18:06 MYT
(User Info | Send a Message)
terima kasih kerana menulis tajuk di atas.

sememangnya cuti hari jumaat adalah keperluan bukan lagi tuntutan agama semata2 walaupun berkaitan dgn amalan agama islam.

cth yg diberi di atas adalah bagi pekerja di sektor kerajaan di mana terdapat kerugian dari segi pengurusan masa.

sektor yg saya ceburi adalah pembinaan. Perkara ini sangat2 menyedihkan kepada pekerja2 sektor binaan di mana waktu kerja adalah 8-5 ptg. rehat 12-1 ptg.
usah fikirkan masa yg terluang utk pergi solat jumaat, tetapi cuba tuan2 fikir kan berapa ramai pekerja2 binaan yg berkesempatan ke masjid pd hari jumaat. kat satu2 site tu kadang2 beratus2 pekerja muslim tak kira melayu, indon mahupun bangla dan boleh dikatakan semua dalam dilema utk ke masjid.

akhirnya tertinggal lah solat jumaat. sekiranya dijumlahkan pekerja sektor binaan seperti yg saya sebutkan di malaysia dan senario ini berlaku di seluruh malaysia ini, sudah tentu berjuta2 muslim yg tidak dapat berjumaat setiap minggu.

fikir...fikir...


Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by telescope on Saturday, April 12 @ 22:45:25 MYT
(User Info | Send a Message)
Jangan terlalu ghairah, takut kita ambil ubat untuk penyakit yang salah.

Sebelum nak mintak cuti hari Jumaat, kena buat kajian dahulu sejauh mana benar2 perlu & menguntung kan semua pihak. Sejauh mana kalau cuti jumaat boleh menguatkan iman orang islam.

Cuba buat perbandingan negeri yang cuti hari jumaat dengan cuti hari ahad. Adakah penduduk yang cuti hari jumaat lebih kuat imannya daripada penduduk yang cuti hari ahad?

Soal macammana nak solat jumaat tu masalah fiqh. Bagi ilmu dulu, baru mudah beramal. Islam tak suruh kita memberatkan umat. Banyak cara nak solat jumaat: guna dewan, kawasan lapang etc. Janji cukup syarat rukun. Kita kat M'sia ni dah terlalu manja, semua kena buat kat masjid. Serupa macam solat kalau tak pakai sejadah, macam tak sah je ....

Soal orang tak minat kerja lepas solat jumaat tu bukan satu isu. Memang mood semua orang kalau besok nak cuti panjang, petangnya memang kita semua dok menuggu cuti tu. Ini betul untuk semua org tak kira islam or non-muslim.

Re: Cuti hari Jumaat by serol on Saturday, April 12 @ 23:36:01 MYT

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by yb_pmn on Saturday, April 12 @ 23:29:24 MYT
(User Info | Send a Message) http://www.dot-dot-dot.com
buat jer...apa nak diagungkan Ahad yang dijadikan cuti untuk kristian ke gereja..

Jumaat lagi santai...lepas solat jumaat lepak kat bendang, pantai atau waterfalll...seronok apa..perrrrkhhhh!

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by Maribelajar (maribelajar@dppkk.org) on Saturday, April 12 @ 23:40:34 MYT
(User Info | Send a Message) http://www.dppkk.org
Lontarkan apa sahaja cadangan. InsyaAllah setiap cadangan yang dipersetujui ramai akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat mengikut kesesuian dan keutamaan


Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by almarbawi on Saturday, April 12 @ 23:49:40 MYT
(User Info | Send a Message)
cadangan yg molek jugak.
tapi elok perbetulkan dulu sikap anak2 muda(anak tua pun ada..) yg pergi kemasjid pd hari jumaat tapi tak solat jumaat. hanya duduk sembang2 di belakang/luar masjid sambil hisap rokok atau makan pisang. time imam dah angkat takbir, puak2 ni start motor cabut....
dan lagi teruk ada budak2 muda kita yg ponteng solat jumaat,lepak di tmn bunga/kedai kopi.
ini berlaku di kelantan/terengganu.


Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by Mat_Sempoi (mat_sempoi@yabedabedu.com) on Saturday, April 12 @ 23:53:01 MYT
(User Info | Send a Message)
Aku rasa... Bagus tu.... Cantik lagi jadi selang seli....
Selangor keje ahad, N9 keje jumaat...

Jadik... nak buat urusan kerajaan dan bank... kalu kat selangor tutup... pegi n9, dan sebaliknya.... ;-)

Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by e90_325 on Saturday, April 12 @ 23:56:30 MYT
(User Info | Send a Message)
macam mimpi siang hari ahad je cita-cita ini......

Geng DAP n PKR nak p gereja lah hari ahad...mana bole buat hari kerja ahad tu... Ada faham ka PAS....Langkah mayat DAP dulu lerr.....

usah bermimpi siang hari....


Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by maulana on Sunday, April 13 @ 00:34:36 MYT
(User Info | Send a Message)
Ana sokong cuti hari Jumaat,,,

Buat pemimpin PR, rakyat telah mengundi kalian untuk memimpin negeri-negeri tersebut, lakukan sesuatu demi kebaikan rakyat,,,,

Cuti Hari Jumaat amat bermakna kerana akan khusyuk berjemaah tak kelam kabut nak balik kerja semula dan kerja Hari Ahad akan meningkatkan produktiviti kerana tiada gangguan, sapa nak cuti jugak hari Ahad, cutilah ambik cuti tahun kkkk


Re: Cuti hari Jumaat (Score: 1)
by pucukpaku on Sunday, April 13 @ 02:43:31 MYT
(User Info | Send a Message)
Saya sokong sgt dgn cadangan tersebut.Tidak mustahil pusat akhirnya buat cuti ari jumaat juga nanti.Byk manfaat yang kita dapat nanti.Hari jumaat untuk kita beribadat dan hari sabtu utk bersama family dan rakan2.Kalau ada rakyat yg tak manfaatkan juga cuti ari Jumaat tu utk beribadat maka terpulangla.sekurang2nya pemerintah telah membuat sesuatu yg terbaik utk rakyat manfaatkanya.arap2 nanti cuti ari Jumaat la pula.....

No comments: